Menerusi laman Twitter, selebriti Zulin Aziz membuat kenyataan kepada netizen bahawa dia tidak akan maafkan mereka yang memfitnahnya.
Ianya dipercayai gara-gara 'ada yang menuduhnya antara artis yang terlibat dengan pemilik 'Macau Scam'.
Foto : Twitter
'Macau Scam' yang mengakibatkan kerugian hampir RM75 juta menerusi laporan Harian Metro didalangi sepasang suami isteri iaitu Dato Addy Kana dan Datin Alya Suhaila. Mereka 'mencuci duit' dengan menggunakan populariti artis menerusi pelbagai perniagaan. Antara artis yang didakwa terlibat ialah Shuib Sepahtu.
Bertitik tolak dari situ, ada yang mengaitkan pembabitan Zulin Aziz yang didakwa rakan kepada Alya.
Foto : Twitter
Bagaimanapun, ada pula netizen yang menyatakan rakan sebenar kepada 'Macau Scam' ini sebenarnya Farah Mendoza dan bukannya Zulin.
Foto : Twitter
Oh! Begitu ceritanya. Jadi, netizen pun, janganlah main tuduh-tuduh kalau tiada bukti ya. Kesian Zulin Aziz, tiba-tiba jadi mangsa. - CARI
|