"Maaflah jika abah ini mula menggunakan rotan."
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, membahasakan diri beliau sebagai "abah" (panggilan mesra untuk bapa, ayah), ketika berucap dalam perutusan khas secara berseloroh berkata, akan mula menggunakan rotan terhadap pihak yang melanggar undang-undang berkaitan SOP Covid-19.
Namun, kali ini penggunaan kata ganti nama tersebut yang bertujuan menunjukkan sikap ramah Muhyiddin itu serta gurauan tersebut mengundang rasa tidak puas hati netizen.
Ini dapat dilihat apabila netizen menggunakan tanda pagar #MuhyiddinOut sehingga menjadi trending di Twitter, menggesanya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Netizen menyifatkan Muhyiddin sebagai kurang sensitif dengan melontarkan gurauan di kala kes Covid-19 direkodkan paling tinggi iaitu 691 kes sejak wabak melanda dengan empat kematian di mana salah seorang korban adalah bayi berusia setahun.
Kemarahan netizen mungkin ada asasnya kerana kebimbangan terhadap kes Covid-19 yang semakin meningkat. Apapun, kita doakan yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia. - CARI |