Sesetengah orang suka mencari publisiti murahan. Baru-baru ini, Fahmi Redza yang terkenal menghasilkan karya berbaur penghinaan dan sindiran telah muncul dengan foto menyerupai Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang tular di media sosial.
Terkini, ada pula satu gambar yang juga tular di media sosial di mana gambar itu menunjukkan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sedang mengadakan sidang media di rumah dengan hanya memakai seluar dalam dan kain pelikatnya. Melampau betul !
Kredit foto: MGAG
Namun, setelah sedar dengan pelbagai reaksi negatif netizen, MGAG yang bertanggungjawab menghasilkan meme itu memadam posting tersebut. Mereka meminta maaf dan mengatakan hanya ingin menyelitkan gurauan dalam situasi yang agak tegang ketika ini.
Kredit foto: MGAG
Walaupun permohonan maaf dibuat, polis telah membuka kertas siasatan ke atas akaun Facebook MGAG yang menyebarkan gambar aib Ketua Pengarah Kesihatan tersebut.
Memetik laporan Harian Metro, kertas siasatan ini dibuka atas laporan dibuat di Senawang mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.
Agak menyedihkan apabila foto Dr Hisham yang sekian lama komited berkhidmat mengekang pandemik Covid-19 ini diperlakukan sedemian rupa. Nak bergurau pun ada batasnya. - CARI
|