|
|
Penceramah bebas Da'i Wan Dazrin kini menceburkan diri dalam dunia perniagaan dengan membuka butik kecantikan kereta dan motosikal di Kangar, Perlis.
Da'i Wan yang kini sibuk mengusahakan perniagaannya itu bagaimanapun meminta maaf kepada orang ramai kerana banyak persoalan fiqah di ruangan mesej peribadi (DM) tidak terjawab.
 Kredit foto: IG Da'i Wan
"Nanti bila perniagaan dah berjalan lancar, saya akan kembali memberi perkongsian di media sosial dan mengikuti segala urusan semasa kita," jelasnya.
Menurut perkongsian beliau, perkhidmatan ditawarkan merangkumi kerja kemasan dan pemasangan untuk kenderaan.
Menariknya, Da'i Wan juga menawarkan khidmat mencuci kereta secara percuma kepada ahli agama yang akan berceramah di Perlis.
"Saya juga ingin memaklumkan, mana-mana Ustazah, Ustaz atau 'Alim ulama' yang hadir ke Perlis untuk berceramah, singgah di kedai saya untuk memberi basuhan kereta secara percuma.
"Saya ingin berbakti kepada asatizah kita dengan yang hanya mampu saya sediakan," ujarnya. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|