Zali Rusli teruja apabila melancarkan single sulungnya, Mewangi.
Zali yang juga adik kepada Haqiem Rusli berkata dia bukan mahu meniru abangnya, sebaliknya mahu mengikut jejak lagkahnya.
Baru berusia 15 tahun, dia diberi sayarat oleh ibu bapanya agar tidak mengabaikan pelajaran jika mahu masuk ke dalam bidang seni.
Kredit foto: IG
"Saya memang meminati bidang nyanyian. Saya selalu ikut dan menonton persembahan abang. Jadi, apabila single sulung dihasilkan, saya teruja. Malah, saya menyimpan hasrat untuk berkongsi pentas bersama abang suatu masa nanti.
"Cuma, selepas dilamar syarikat rakaman FMC Music, saya diberikan syarat oleh ibu bapa supaya tidak mengabaikan pelajaran.
Kredit foto: IG
"Dalam masa sama, abang selalu memberi sokongan sepenuhnya untuk saya melangkahkan kaki sebagai anak seni, tetapi perlu memberi tumpuan juga pada pelajaran," katanya kepada Harian Metro.
Tambah Zali dia menyanyi lagu dengan caranya yang tersendiri dan tidak terpengaruh dengan gaya Haqiem.
Kredit foto: IG
"Menerusi lagu ini saya menyampaikan lagu Pewangi dengan cara sendiri dan tidak terpengaruh dengan cara nyanyian abang walaupun lagu ini hasil ciptaannya." -CARI
Post time 9-10-2020 02:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tapi lagu pewangi mcm malas2 je qiqiem buat. mcm guna template bangkit+ adlina marie pastu lirik pon ada yg sama. mungkin sekadar single pengenalan. tapi berhenti la cite kisah abang ko dekkk, cuba citer pasal diri sendiri
kenapa mamat tu suka sgt g mana2 pakai spek hitam yek? rimas tgk. macam dh ditattoo gitu. patutla aku tak kenal masa rancangan apa ntah, rupanya haqiem rusli versi tak pakai spek.