Seorang paderi di Amerika Syarikat ditahan atas dakwaan merakam aksi hubungan seks 'tiga serangkai' (threesome) di atas altar gerejanya.
Paderi Katolik Reverend Travis Clark dari Pearl River, Louisiana terbabit kantoi melakukan hubungan tidak senonoh itu apabila seorang individu menyedari lampu yang masih menyala dan masuk untuk memeriksa di dalam geraja berkenaan.
Saksi berkenaan mendakwa melihat paderi itu sedang berhubungan intim dengan dua wanita memakai korset dan but tumit tinggi. Malah, salah seorang wanita berkenaan merupakan bintang porno.
Menurut laporan Daily Star, ketika kejadian sistem pencahayaan panggung dan mainan seks diletakkan di atas altar itu manakala telefon pintar dipasang pada tripod sedang merakam aksi panas mereka.
Difahamkan, saksi merakam perbuatan mereka sebelum menghubungi polis pada 30 September.
Susulan itu, polis menahan Reverend Clark, Melissa Cheng, 23, dan Mindy Dixon, 41, pada 1 Oktober serte mendakwa mereka melakukan aksi lucah.
Mindy Dixon
Melissa Cheng
Kedua-dua wanita itu dilaporkan mengakui berada di gereja berkenaan untuk melakukan aksi "roleplay" dengan paderi tersebut.
Sementara itu, Nola.com melaporkan, Mindy yang juga bintang porno memuat naik status di media sosial sehari sebelum ke New Orleans untuk bertemu seorang lagi dominatrix (wanita yang mengambil peranan dominan dalam hubungan sadomasokistik) untuk "mencemari rumah Tuhan".
Kredit foto: Pejabat Sherif St. Tammany Parish
Ketiga-tiga mereka berdepan hukuman penjara antara enam bulan hingga tiga tahun jika sabit kesalahan aksi lucah di tempat awam. - CARI |