Dua remaja berusia 13 tahun didakwa atas tuduhan menembak mati seorang lelaki ketika mangsa sedang tidur di rumahnya.
Remaja lelaki dan perempuan itu dituduh membunuh Rene Ray Rodriguez Jr, 20, yang mati ditembak sekurang-kurangnya empat kali di rumahnya di San Antonio, Texas pada Ahad.
Menurut polis, Rodriguez Jr ditembak kali pertama ketika tidur dan tiga kali lagi apabila dia bangun dari katil sebelum rebah ke lantai.
Daily Star melaporkan, bapa mangsa yang tinggal bersamanya terjaga dari tidur selepas mendengar bunyi tembakan sebelum mendapati anaknya sudah tidak bernyawa.
Kredit foto: Daily Star/KSAT TV
Polis bagaimanapun berkata, tiada kesan rumah itu dipecah masuk manakala beberapa saksi mendakwa ada melihat dua remaja berjalan atau berlari diri dari lokasi kejadian.
Sementara itu, New York Post melaporkan, adik perempuan mangsa dan teman lelakinya datang ke rumah itu sebelum menembak Rodriguez Jr yang sedang tidur tanpa berkata apa-apa.
Ibu mangsa berkata, teman lelaki anak perempuannya itu bukan seorang yang baik dan mereka telah cuba memisahkan pasangan berkenaan.
Kredit foto: GoFundMe
Berikutan kejadian, polis menahan dua remaja terbabit, namun tidak mendedahakan identiti mereka kerana kedua-duanya masih di bawah umur. - CARI |