Umum tahu mengenai apa yang sedang berlaku di negara jiran, Indonesia. Protes rakyat terhadap polisi baru kerajaan yang memihak kepada majikan sekaligus menafikan hak pekerja membuatkan mereka membakar harta awam serta mengadakan demonstrasi di Jakarta.
Lantaran itu, ada segelintir individu memuji tindakan Indonesia yang berjuang dengan darah untuk hak mereka lalu membandingkan dengan rakyat Malaysia yang tiada semangat nasionalisme begini.
Hal ini menyebabkan ramai yang marah kerana tidak adil ia dijadikan kayu ukur semangat nasionalisme.
Betul ke, rakyat Malaysia penakut?
Membandingkan semangat patriotik atau pun perjuangan hanya dengan melihat konteks demonstrasi adalah tidak adil.
Rakyat Malaysia perjuangannya juga turut menentang pentadbiran korupsi tetapi tidaklah sampai merosakkan harta-harta awam. Apatah lagi kita masih belum menang menentang Covid-19 ini.
Foto : Twitter
Foto : Twitter
Malahan untuk mengatakan sejarah Malaysia merdeka tanpa pertumpahan darah adalah tidak realistik. Berapa ramai pejuang orang Melayu semata-mata mahu mempertahankan tanah air dari cengkaman penjajah?
Foto : Twitter
Mungkin perjuangan kita adalah sama, mahukan keadilan kepada semua pihak dan menentang kerajaan yang tidak telus.
Bagaimanapun, untuk membandingkan perbezaan perjuangan adalah tidak wajar kerana semuanya mempunyai visi yang sama tetapi lain kaedah.
Foto : Twitter
Semoga apa yang rakyat Indonesia perjuangkan menjadi medan perubahan di sana. Dan kita rakyat Malaysia mengambil iktibar dari situasi tersebut.- CARI
|