View: 1643|Reply: 16
|
Kerna tidak tahan suami cemburu buta cikki hendon grill diri sendiri
[Copy link]
|
|
Jakarta: Seorang wanita dari daerah Maluku Tenggara nekad menyiram badan dengan minyak tanah dan membakar diri kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang cemburu buta.
Wanita berusia 24 tahun itu mendakwa sering dituduh curang dengan lelaki lain sedangkan tidak melakukannya.
Tribun News melaporkan, tindakan itu menyebabkan wajah dan sebahagian badan wanita berkenaan melecur serta mengalami luka yang serius.
Dia bagaimanapun sempat dikejarkan ke Hospital Sadsuitubun di Langgur untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Pegawai Penyiasat Maluku Tenggara Hamin Siompo mengesahkan kejadian itu berlaku di kuarters guru di Ohoijang, daerah Maluku Tenggara pada Khamis lalu (8 Oktober).
"Siasatan awal dijalankan mendapati mangsa nekad membakar diri kerana tidak tahan dengan suaminya yang sering curiga dan menuduhnya menjalin hubungan dengan lelaki lain.
"Jadi, motifnya adalah kerana sikap suami mangsa yang cemburu.
"Susulan kejadian itu, mangsa dilaporkan masih mendalakan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sadsuitubun," katanya.
Menurut Hamin,kejadian berlaku ketika suami mangsa yang berumur 27 tahun dan bapanya ada di rumah.
Katanya,suami mangsa sempat membantu memadamkan api yang menyambar wajah dan tubuh isterinya hingga tangannya turut terbakar.
"Demikian pengakuan lelaki itu tetapi kita tidak boleh mempercayai sebelah pihak saja kerana perlu mendapatkan keterangan mangsa untuk siasatan lanjut "katanya.
Menurut Hamin,pihaknya belum boleh mendapatkan keterangan mangsa kerana hospital tidak membenarkan sesiapa pun melawat wanita itu buat masa ini.
Malah,keluarga mangsa juga belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
"Setakat ini,hanya suami mangsa dan bapanya yang sudah diambil keterangan.
"Manakala, keluarga mangsa sudah berjanji akan datang ke Maluku Tenggara bagi membuat laporan polis,"katanya
tamat
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2020 @ 1:15 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Terlantar Di ICU Lepas Bakar Diri Sebab Tak Tahan Suami Cemburu Buta
Wajah dan sebahagian tubuh seorang wanita melecur dan mengalami luka serius selepas membakar dirinya sendiri.
TribunNews melaporkan, wanita itu nekad bertindak demikian kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta suaminya selain sering dituduh curang.
Berikutan kejadian di kuarters guru di Ohoijang, daerah Maluku Tenggara pada Khamis lalu, mangsa, 24, kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sadsuitubun di Langgur.
Pegawai Penyiasat Maluku Tenggara Hamin Siompo mengesahkan motif wanita itu membakar dirinya adalah kerana tidak tahan dengan suaminya yang sering curiga dan menuduhnya berlaku curang.
Gambar hiasan
Difahamkan, kejadian berlaku ketika suami mangsa, 27, dan bapanya ada di rumah.
Menurut lelaki itu, dia sempat membantu memadamkan api yang menyambar tubuh isterinya, namun polis enggan mempercayai kenyataan sebelah pihak saja dan akan mendapatkan keterangan mangsa untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, keterangan mangsa masih belum boleh diambil memandangkan hospital masih belum membenarkan sesiapa melawat wanita itu. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti laki dia yg bakar ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aduh sis mod, tajuk tak menahan, thriller sungguh
|
|
|
|
|
|
|
|
buat apa bakar diri, bakar orang yg tuduh melulu tu |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yg curang ni memang suka tuduh pasangan dia curang. Nak cover kesalahan sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Laaaa pastu? sakit dapat ape pun xdak... bior le dia cemburu lantakkan... dpd hang bakor diri ape kesudahan?? Kesian betul |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul bakar diri memang rugi lah. Patut yang kena bakar tu si lelaki. |
|
|
|
|
|
|
|
tekanan perasaan sampai tak terkawal tu fikir buat mcm tu selesai masalah hakikatnya yg menangung si istri jg.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni agaknya jenis, pompuan tu keluar gi kerja
lelaki mengangkang kat rumah x kerja
bila pompuan balik lmbt sikit
mula tuduh bukan2
lenkali ko jantan.. gi kerja
cari duit tanggung isteri
isteri ko pulak
ko ikat kakinya dgn rantai besi
kat tiang rumah
rantai tu panjangnya cukup2
untuk dia bergerak dlm rumah
ke dapur, ke bilik air, ke bilik tidur
bodoh punya jantan
pompuan.. apsal lah ko simbah minyak kat badan sendiri
kan ke bagus ko simbah minyak kat badan suami
pastu simbah air kat badan sendiri
konon2 biar sama2 mati
pastu nyalakan api kat badan suami dulu
biar dia yg terbakar
|
|
|
|
|
|
|
|
What do you gain from this? Sendiri gak yg menderita sakit melecur. Baik berpisah je la dgn laki tu, buat legally. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian dia.. Depresi kan mcm ni.. Kira dah x boleh fkr.. Setan hasut.. Jalan |
|
|
|
|
|
|
|
nasib tak kena muka, kalau tak nanti dah tak ada hidung, tak boleh nak bernafas. |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk sensasi betul |
|
|
|
|
|
|
|
dah krnapa bakar diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa.. Laki tak guna dia yg bakar |
|
|
|
|
|
|
| |
|