View: 1059|Reply: 15
|
Makan Organ Bekas Kekasih, Lelaki Meringkuk Seumur Hidup Dalam Penjara
[Copy link]
|
|
Lelaki dipenjara seumur hidup kerana membunuh bekas kekasihnya.
Joseph Oberhansley, 36, yang memecah masuk ke rumah Tammy Jo Blanton, 46, di Indiana pada 11 September 2014 memakan sebahagian tubuh termasuk otak, paru-paru dan jantung mangsa.
Kredit foto: Daily Star
Oberhansley yang dijatuhkan hukuman pada 18 September lalu bagaimanapun membuat rayuan menukar pengakuan kepada tidak bersalah walaupun sebelumnya mengaku melakukan perbuatan itu.
Dia mendakwa terdapat dua lelaki berkulit hitam apabila tiba di rumah mangsa sekitar jam 4 pagi pada hari kejadian.
Katanya, dua lelaki terbabit memukulnya hingga tidak sedarkan diri dan bertanggungjawab menyebabkan kematian mangsa.
Oberhansley terbangun ketika polis mengetuk pintu mencari mangsa yang kemudian ditemui dalam keadaan mengerikan dengan lebih 25 kecederaan akibat senjata tajam dan beberapa kesan hentakan benda tumpul.
Pada hari mahkamah menjatuhkan hukuman, ibu mangsa meminta Oberhansley memandang ke dalam matanya dan berkata dia (tertuduh) tidak melakukannya (membunuh mangsa) serta menghamburkan kata-kata makian.
Polis sebelum itu mendakwa tertuduh mengaku bersalah melakukan jenayah itu termasuk 'memasak' sebahagian otak mangsa sebelum memakannya.
Saksi termasuk dua anggota polis yang bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan daripada mangsa mengenai Oberhansley yang cuba memecah masuk ke dalam rumahnya.
Kredit foto: Daily Star
Anggota yang menahan lelaki itu memaklumkan mahkamah, mereka menemui pisau dan senjata buku lima di dalam poketnya yang terdapat kesan darah dan helaian rambut perang muda.
Oberhansley juga pernah membunuh kekasihnya, Sabrina Elder, 17, akibat cemburu pada 1998 dan menembak ibunya di belakang serta melepaskan tembakan ke arah kakaknya.
Mahkamah hanya membenarkan Oberhansley dibicarakan selepas mendapat pengesahan bahawa dia waras dan layak untuk dibacarakan. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jap aku nak cari kisah Mamat ni... Something fishy... Dia dah bunuh seorg awek dia sebelum ni... |
|
|
|
|
|
|
|
mak Mamat bni kata problem mental dia bermula lepas kematian bapa dan abg/adik tiri dia1997...dia start mula ambik dadah ...ada sejarah pernah bunuh diri... Dan tahun 1999 dia bunuh gf dia... B] gf dia baru saja sehari lahirkan anak depa... Gila la.. Mcm mana Mamat ni boleh terlepas dgn manusia awam |
|
|
|
|
|
|
|
teringat pernah borak dgn sorg foreigner ni dari manatah tp belah2 europe
saje tanya dia malaysia ni ok x?
dia kata ok semua org baik2
kat negara dia kalo gaduh je dan xcepat leraikan konfem salah sorg akan mati kene tembak
xkirala benda tu berlaku siang atau malam
sbb negara dia senang dpt senjata seludup
|
|
|
|
|
|
|
|
dah pernah membunuh tapi awat bebas berkeliaran? now satu lagi nyawa melayang. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 14-10-2020 06:49 PM
mak Mamat bni kata problem mental dia bermula lepas kematian bapa dan abg/adik tiri dia1997...dia st ...
Mental rupanya. Patutlah. |
|
|
|
|
|
|
|
Camne la boleh terlepas ni? Dah pernah membunuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni lah padahnya simpan pembunuh. Patut awal2 dah hukum mati je. |
|
|
|
|
|
|
|
its weird how he already killed his girlfriend, shot his mom and sister, and he still thought he has the right to say anything about how he is innocent??? He don't deserve any chances. |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 15-10-2020 09:52 AM
Mental rupanya. Patutlah.
mental sebab dadah... Dia pernah cuba bunuh diri.. Tapi tak berjaya... |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 15-10-2020 10:34 AM
mental sebab dadah... Dia pernah cuba bunuh diri.. Tapi tak berjaya...
Patutla ada member ckp, org jahat ni susah nk mati |
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 15-10-2020 11:13 AM
Patutla ada member ckp, org jahat ni susah nk mati
aku baca dia punya kes..aku rasa stress..mak dia bukan main back up |
|
|
|
|
|
|
|
Moga kali ni dia tak terlepas dari hukuman |
|
|
|
|
|
|
|
Dh kenapa pembunuh berkeliaran |
|
|
|
|
|
|
| |
|