CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 637|Reply: 0

[SARAWAK] Edisi tertipu. Bukan senang nak meminjam.

[Copy link]
Post time 14-10-2020 06:44 PM | Show all posts |Read mode
SIBU: Seorang jurujual mengalami kerugian berjumlah RM12,600 selepas terpedaya dengan sindiket pinjaman wang tidak wujud sejak minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit (gambar) berkata, kejadian itu berlaku setelah lelaki berusia 27 tahun itu melihat iklan pinjaman peribadi di laman Facebook pada 8 Oktober lalu.

Katanya, mangsa yang tertarik dengan tawaran tersebut segera memasukkan nama dan nombor telefon menerusi pautan dalam talian.

"Pada hari yang sama, seorang lelaki menghubungi pengadu dan memperkenalkan diri sebagai Raynor dari 'AmBank'

"Mangsa memberitahu suspek bahawa dia ingin memohon pinjaman sebanyak RM15,000. Dia kemudian diminta untuk menghantar gambar kad pengenalannya dan penyata gaji," kata Stanley dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Stanley, mangsa dimaklumkan pinjaman tersebut diluluskan serta-merta dengan bayaran bulanan RM207.07 untuk tempoh 84 bulan.

"Mangsa telah membuat tujuh kali pemindahan wang bagi mendapatkan pinjaman wang itu," jelasnya.

Tanpa berfikir panjang, mangsa membuat pembayaran pertama sebanyak RM388.50 untuk tujuan pembayaran cukai.

"Seterusnya, mangsa juga diminta untuk membayar kos pemprosesan dan sebagainya dari 9 hingga 13 Oktober, melalui dua nombor akaun bank atas nama yang berlainan.

Walaupun diberitahu bahawa pinjaman diluluskan, namun sehingga kini mangsa belum menerima satu sen pun.

Apabila membuat semakan dengan pihak bank berkenaan, mangsa kesal apabila kakitangan bank memberitahunya bahawa dia ditipu oleh suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Michael Ubam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.192013 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list