CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21937|Reply: 202

Amboi, Hafiz Mahamad Kata SPM Tak Penting! Nah, Ini Respon Padu Peguam

[Copy link]
Post time 16-10-2020 11:08 AM | Show all posts |Read mode




"Siapa gagal SPM? Chill. Abang punya result lagi gagal, tapi nasib baik Girlfriend terima abang seadanya."



Status kontroversi suami pengasas produk kecantikan Ainaa, Hafiz Mahamad sekali lagi mengundang kecaman daripada warganet.



Dengan mengepilkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang 'gagal', Hafiz seolah-olah menggalakkan pelajar supaya tidak terlalu risau jika mendapat keputusan teruk kerana dia pernah melaluinya.



Foto : FB




Justeru itu, pengguna media sosial sepakat mengkritiknya kerana memberikan info yang salah kepada generasi baharu. Dengan menayangkan isteri cantik, kereta mewah dan kebahagiaan di media sosial, ia seakan-akan menyatakan pelajaran tidak penting.



Foto : Fb




Antara reaksi yang tular ialah daripada peguam yang menyifatkan SPM Hafiz tidak lah gagal seperti yang dicanangkan. Malahan teman wanita (kini isteri) mahukannya bukan kerana keputusan tetapi kerana Hafiz kaya.



Foto : FB



Foto : IG




Bukan itu sahaja, Hafiz turut mendapat kecaman yang pelbagai lalu dikaitkan dengan ceritanya yang pernah menghadiahkan Aina barangan mewah hingga menyebabkan ramai wanita di luar sana mengidamkan suami sepertinya.



Bagaimanapun, selepas mendapat kritikan bertalu-talu, dia kemudiannya membuat kenyataan bahawa statusnya sebelum ini telah disalah tafsirkan oleh ramai pihak. Sebenarnya dia tidak menyatakan bahawa pelajaran tidak penting, tetapi dia cuma menceritakan kembali kisahnya dahulu.



Foto : FB


Foto : Ig


Bagus lah kalau dah minta maaf dan betulkan fakta. Maklumlah generasi baharu mudah terpesona dengan kemewahan ditonjolkan oleh ikon mereka. Jadi, jangan tinggalkan pelajaran ya. - CARI






Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2020 11:13 AM | Show all posts
Nape kalau dah kaye kene buat cite sedih?
Pelik la aku
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Stetmen mintak penampar betul. Ko ajar org bodo cana nak jadi lagi narrowminded ingag duit senang nak dapat. Itu yg berlumba nak jadi dropship, ingat kaya tu setahun blh dpt. Padahal lepas sebulan dah gibab kata untung lambat dpt, tuka lagi jd dropship produk lain.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:16 AM | Show all posts
slyfynx replied at 16-10-2020 11:13 AM
Nape kalau dah kaye kene buat cite sedih?
Pelik la aku

Ajaran Jijan Seman tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:18 AM | Show all posts
kau sorang bodoh da lah
xyah ajar orang lain jadi sama bodoh cm kau
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Jantan putih sebab cucuk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2020 11:20 AM | Show all posts
slyfynx replied at 16-10-2020 11:13 AM
Nape kalau dah kaye kene buat cite sedih?
Pelik la aku

konon la kerja kuat sampai kaya raya
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:21 AM | Show all posts
Padan muka...sendiri bodoh jgn ajak anak org lain jadi bodoh. Ingat nasib org semua sama ke?
Turunkan aje la kat anak cucu ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2020 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kaya sbb apa ye? Jual produk ke? Sbb sblm kawin dulu siap belikan awek keta lagi.

Bwk awek naik heli la. Masyuk btl.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:35 AM | Show all posts
hatikudus replied at 16-10-2020 10:21 AM
Padan muka...sendiri bodoh jgn ajak anak org lain jadi bodoh. Ingat nasib org semua sama ke?
Turunk ...

kannn..bangga kasitau dia bodoh..klu kena tarik tang rezeki tu haa baru dia tau


Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Murid jijang ke ni? Agaknya buat post cite sedih dkt ig ni syllabus baru ye?

Buat essay sedih2 cakap dulu hidup susah, belajar bodo, selalu kena hina lah. Ig yg sepatut nya untuk post gambar jd platform founder buat essay sedih. Koser lah nk baca. Apa lagi nk support business theyols.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:42 AM | Show all posts
betul3x.

bisik kt telinga anak sendiri.........byk2 kali......spm tu gagal pun xpe......x ambik spm pun laaaagiiiii bagus

hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:43 AM | Show all posts
spm dia rupe itu...apalah di harapkan sgt dgn tahap pemikiran dia...
harus lah level2 result spm dia jek...tu sbb la keluar post2 gitu....

muka hensem otak udang....wariskan kan anak2 sendiri sudah...dua benda ni ...
jgn ajak anak org lain jadi otak udang mcm dia....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:46 AM | Show all posts
inilah bila kita normalize .... kegagalan tak apa ......
tau tak erti sebenar kegagalan adalah bila kita dah mencuba sehabis baik  tapi belum berjaya
baru itu adalah kegagalan

tapi kalau cuba pun tak
itu kemalasan namanya ....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Result macam taik,tdo ke dlm kelas
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 11:53 AM | Show all posts
Ermmm..yelah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2020 11:58 AM | Show all posts
patutnya syukur pada tuhan walaupun bodoh masa sekolah tapi tuhan beri dia rezeki lebih
bukannya galakkan org lain jadi bodoh masa sekolah macam dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 12:04 PM | Show all posts
Aku masuk tred ni
sbb aku terbaca
Maahad Tahfiz
rupanya Hafiz Mahamad
blurr
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa... bodo bengapnye... pastu nak ajar budak2 x yah susah2 belajar.. leh jadi instafamous jual air liuq.... tolonglahhh.... zaman akan datang lagi mencabar... kena lah belajar betul2 sungguh2... pastu kerjaya nak jadi apa terpulang..yg penting education...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 16-10-2020 11:18 AM
kau sorang bodoh da lah
xyah ajar orang lain jadi sama bodoh cm kau

Betul kata muwarfa tu....tiap ari ajorkan kat anak sendiri.. tiup di telinga...sampai abg jamil mampos....padu betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak kena tunjuk kat orang
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 7739 Replies : 4
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 1416 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 310009 Replies : 8927
Rosmah lepas atau sangkut?
maklukpenggodaRosmah lepas atau sangkut?
Views : 48651 Replies : 35
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 12652 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 9286 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.067738 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list