"Fara Salleh. Bawa bertaubat dan berhenti hancurkan keluarga saya!"
Masih belum tamat drama orang ketiga dalam rumah tangga pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar.
Kredit foto: IG Shuk
Terbaru, isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah meluahkan marahnya terhadap individu, Fara Salleh yang dikatakan bermain kayu tiga dengannya sebelum ini.
Difahamkan, Rossalennah berang apabila wanita terbabit masih didakwa masih mengganggu rumah tangga mereka.
Kredit foto: IG Rossalennah
"Aku dah penah jumpa kau elok-elok. Aku bercakap dengan kau elok-elok.
"Tapi lama-lama kau marah dengan aku. Kau sakitkan aku balik. Kau screenshot macam-macam.
"Kau sedar tak Fara kau dah sakitkan aku lama sangat. Aku tak pernah minta kau hadir dalam rumah tangga kami ni. Kau yang hadir dan kacau keluarga ni, kau kacau aku, maki aku dengan anak-anak aku.
"Mana akal kau Fara? Antara kau dengan laki aku itu hal kamu," tulisnya yang memberi bayang merelakan suaminya dan wanita itu berkahwin.
Kredit foto: IG Rossalennah
Walaupun Rossalennah pada mulanya kelihatan mengalah dan ingin mengundur diri, namun dia kemudian menegaskan tidak akan bercerai dan berharap agar Fara move on serta bertaubat. - CARI |