Tindakan kanak-kanak memang tidak dapat dijangka. Namun, disebabkan anak, seorang wnaita terpaksa menanggung malu apabila gambar bogelnya tersebar kepada beberapa kenalan Snapchat.
Menurut Metro, Emily Schmitt, 30, tidak menyangka anaknya, Carsyn, 2, akan mengambil gambarnya dalam keadaan tidak berbaju dan menghantarnya kepada beberapa kenalan di Snapchat.
Kredit foto: Metro/Kennedy New
Difahamkan, kejadian berlaku ketika wanita itu sedang mengeringkan rambut dan membenarkan anaknya bermain dengan telefon bimbitnya pada Ahad.
Emily hanya menyedari insiden memalukan itu selepas menerima kiriman mesej 'terima kasih atas perkongsian gambar bogel ini' daripada beberapa rakan sekerjanya.
Kanak-kanak itu menghantar beberapa gambar bogel tersebut kepada 15 kenalan termasuk bekas rakan universiti, rakan sekerja, bekas pelanggan serta kenalan kerja.
Kredit foto: Metro/Kennedy New
Sebaik menyedari perbuatan anaknya, Emily bergegas memohon maaf atas kejadian tidak disengajakan itu. - CARI |