Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.
Pantun Melayu memang sastera yang indah, sentiasa diguna pakai orang dulu-dulu dalam apa jua majlis seperti merisik, bertunang hatta berlawan sekalipun, pantun akan menjadi gurindam halwa telinga.
Namun, apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menguar-uarkan pantun yang tidak pernah didengari, tiba-tiba ada yang kepanasan pula. Kebanyakannya adalah generasi Z yang menganggap pantun tersebut sebagai simbol penindasan terhadap wanita.
Foto : Twitter
Dengan mentafsirkan maksud pantun secara tersurat, ramai Gen-Z dan golongan liberal mengecam DBP serta tradisi lama yang kononnya menganaktirikan gender. Sehinggakan mendakwa pengendali akaun DBP tidak layak. Betul ke?
Foto : Twitter
Pelbagai perdebatan boleh dilihat hinggakan Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar dan badan bukan kerajaan, AWAM mengajak DBP masuk ke kelas untuk belajar mengenai jantina.
Sedangkan pantun itu sendiri bermaksud kiasan dan ianya digunakan orang dulu-dulu untuk menegur, bukan seperti orang sekarang yang tegurannya terus terang.
Gurindam Jiwa, antara filem yang menggunakan pantun dalam kehidupan mereka - Youtube
Cuba mendamaikan perbalahan, Sasterawan Muda Asia Tenggara, Nisah Haron tampil menjelaskan bahawa pantun tersebut perlu ditafsir dengan lebih teliti. Ianya sebenar ditujukan kepada suami yang perlu menjalankan tanggung jawab zahir dan batinnya, bukan seksis terhadap wanita.
Foto : Twitter
Justeru itu, adalah tidak wajar menjadikan pantun yang sudah wujud ratusan tahun dahulu sebagai beban tanpa mengambil konteks kefahaman sastera itu sendiri. Bak kata netizen, budak Twitter malas membaca, Lepas tu, pandai pula bitter? - CARI
|