Tidak bersendirian, Mawar Rashid mendedahkan suaminya Raf Yaakob turut berhijrah menjadi lelaki muslim lebih baik.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Dia berkongsi keterujaannya itu di Instagram dengan menyatakan Raf kini lebih tenang dan semakin positif.
Lelaki pun perlu berhijrah ke?
"Happy tengok abang sekarang makin tenang, sangat bersabar dan selalu senyum.. Senang cerita, hari-hari duduk dengan abang rasa sejuk je la," tulisnya.
Kredit foto: IG
Makin sayang, katanya yang sangat gembira dengan penghijrahan mereka suami isteri ke arah kebaikan.
Di ruangan komen, Raf turut memberi respons terhadap perkongsian isterinya itu.
Kredit foto: IG
"Entahlah, kita ni anak nak masuk dua dah. Tapi rasa macam baru je semalam nikah. I love you tau. Allah SWT sahaja yang tahu betapa sayangnya Abang kat bidadari syurga abang ni," balasnya.
Ramai meninggalkan komen positif terhadap pasangan itu dan mendoakan yang terbaik buat mereka. - CARI
|