Tahun 2020 semakin melabuhkan tirainya. Namun, tabiat yang menjadi amalan warga negara maju, nampaknya belum menjadi darah daging kepada majoriti rakyat di negara ini.
Ramai antara kita menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dalam urusan seharian. Namun, ada pengguna tidak bertanggungjawab membuang slip bank merata-rata, khususnya disekitar mesin ATM.
Rata-rata warga Twitter bersetuju dengan tweet ini mengenai sikap warga kita yang masih degan mentaliti di takuk lama dan ada jua yang menyalahkan warga asing.
Kredit foto: Twitter
Pihak bank turut dipersalahkan kerana menyediakan tong sampah bersaiz kecil.
Kredit foto: Twitter
Untuk mengatasi masalah ini, netizen turut mencadangkan agar caj tertentu dikenakan setiap kali resit dicetak.
Kredit foto:Twitter
Selain dari berselerak dan mencacatkan pandangan, tahukah anda bahawa tindakan membuang slip bank merata-rata ini sebenarnya boleh mengundang risiko jenayah?
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes jenayah seperti seperti ragut, rompakan dan jenayah siber boleh terjadi akibat daripada kecuaian pengguna yang membuang slip bank merata-rata.
Saranan PDRM, sebaiknya, koyakkan slip bank itu menjadi cebisan kecil sebelum membuang kedalam tong sampah atau tidak mencetak slip bank, memadai melihat baki yang tertera di skrin sahaja.
Jimat kertas dan lebih selamat. - CARI
|