CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7807|Reply: 27

Ini Senarai 5 Hackers Paling Bahaya Dan Mengemparkan Dunia

[Copy link]
Post time 23-10-2020 03:33 AM | Show all posts |Read mode
Credit pic : Forbes



Menurut Wikipedia, Hacker atau dalam bahasa Malaysia bermaksud Perentas adalah orang yang mempunyai kepakaran dalam mempelajari, menganalisis, memodifikasi serta menerobos masuk ke dalam sistem komputer dan jaringan komputer lain untuk macam-macam tujuan.



Pendek kata hacker ni berkemampuan curi data dan duit dalam akaun bank sesiapa pun dengan cara mudah selepas berjaya godam kata laluan online banking korang atau apa saja data peribadi berkaitan bank. Tapi kalau hacker yang otai-otai dia tak akan layan hack duit kita rakyat marhain ni melainkan kaki scam yang kuat mengencing duit orang untuk kesenangan sendiri. Hacker akan lebih minat untuk godam dan curi duit berbillion dari syarikat-syarikat besar.




Dalam dunia ni ada ramai hacker tapi ini lima senarai hacker yang paling bahaya dalam dunia, dipetik dari thelaki.com.my.




5. THE AURORA HACKERS





Sekumpulan penggodam yang bertanggungjawab untuk sebuah operasi yang digelar ‘Operasi Aurora’. Mereka telah membuat satu operasi yang kompleks berskala antarabangsa pada tahun 2009, dan mensasarkan 34 syarikat besar termasuk Google dan Yahoo!. Kumpulan penggodam ini dipercayai berasal dari China, dan sebahagiannya daripada kumpulan penggodam Elderwood yang berpusat di Beijing. Kumpulan Penggodam yang berpangkalan di Shanghai dengan gelaran nama PLA Unit-61398 turut dipercayai telibat dengan operasi besar-besaran ini.


Google merupakan syarikat pertama yang menyatakan mereka telah diserang dan sebahagian harta intelek mereka dicuri. Nampak gayanya pada ketika itu kumpulan ini mensasarkan kod sumber syarikat internet gergasi seperti Google dan bukannya maklumat peribadi pengguna. Hacker yang menjalankan ‘Operasi Aurora’ tidak dapat ditangkap dan dikatakan masih aktif menjalankan aktiviti hacking. Hasil dari kejadian ini, syarikat Google mengeluarkan seluruh operasinya dari China.


4. CODY KRETSINGER





Dia merupakan salah seorang ahli kumpulan penggodam LulzSec. Dikenali juga sebagai ‘Recursion’ dalam kalangan rakan penggodamnya kerana skill dia menyelesaikan masalah komputer yang dasyat. Dia dijatuhkan hukuman pada tahun 2013 kerana terlibat dalam penggodaman Sony Playstation pada tahun 2011, di mana dia berjaya mendapatkan data peribadi 77 juta pengguna dan menyebabkan gangguan pada rangkaian selama 24 hari. Agak-agak ada tak data peribadi korang yang kena hack dengan dia ni?


Kumpulan LulzSec sering dituduh bertindak seperti kanak-kanak sebab operasi mereka selalunya tidak mempunyai motif. Mungkin sekadar suka-suka atau sebenarnya diorang sedang mengasah skill hacking diorang. Aktiviti hacking diorang bukan untuk mendapatkan duit, dan 77 juta data yang dicuri tidak digunakan pun bagi tujuan mendapatkan duit. Operasi yang diorang lakukan adalah untuk membuktikan betapa mudahnya data-data pengguna digodam. Kretsinger dijatuhkan hukuman yang agak ringan, dengan hanya satu tahun penjara. Manakala ahli kumpulan yang lain masih bebas beroperasi.


3. JACOB APPELBAUM





Dia merupakan seorang penggodam yang mempunyai kaitan dengan WikiLeaks. Kalau korang masih ingat lagi lah pasal WikiLeaks ni yang banyak membocorkan rahsia-rahsia sulit daripada pihak kerajaan terutamanya. Jacob Appelbaum dikatakan seorang lelaki yang mempunyai masalah masa lampau. Dia pernah diserahkan ke rumah anak yatim oleh ibu bapanya, dan kemudian tinggal bersama bapanya yang ketagihan heroin yang lain-lain jenis dadah. Setelah melalui zaman kanak-kanak yang malang, dia mengfokuskan segala tenaga dan kecergasannya mengasah skill perisian komputer dan kini menjadi wajah utama WikiLeaks di Amerika. Oleh kerana peranannya dalam WikiLeaks, dia ditahan dan disoal siasat mengenai pandangan politiknya. Walaupun ditahan, dia tidak pernah disabitkan dengan kesalahan menggodam. Kini dia tinggal di Berlin, tetapi masih diintip oleh pihak berkuasa kerana dianggap mampu mendatangkan bahaya kepada perisian komputer pihak kerajaan. Waktu tidur pun kena intip juga.


2. KEVIN MITNICK





Kevin Mitnick pernah digelar pengodam paling bahaya di dunia. Tapi sekarang dia merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dia menawarkan khidmat keselamatan siber kepada syarikat-syarikat yang mahukan servisnya. Rasanya ramai je hacker yang bertukar jadi baik dengan menjadi penasihat cyber security, dan Mitnick salah seorang darinya.


Semasa awal penglibatannya dalam dunia hacking sewaktu masih remaja, dia pernah menggodam sistem bas yang membolehkan dia menaiki bas secara percuma. Selepas itu, dia mula menggodam sistem yang lebih besar seperti rangkaian telefon bimbit dan pembuat komputer utama. Dia mendakwa bahawa semua hacking adalah hasil daripada penggunaan kata laluan yang lemah atau mendapatkan kod melalui scamming. Sebab itu lah kita kena sentiasa berhati-hati dengan panggilan daripada scammer dan tukar kata laluan setiap 6 bulan sekali.


Dia ditangkap pada tahun 1995 selepas menggodam masuk ke komputer Jabatan Kehakiman Negara, dan dipenjarakan selama lima tahun atas kesalahan tersebut. Semasa di penjara, dia diasingkan di dalam kurungan perseorangan selama lapan bulan kerana dikuatiri dapat melancarkan peluru berpandu nuklear dengan memasukkan kod tertentu ke dalam telefon. Walaupun nampak macam exaggerate, tetapi itu lah yang digambarkan oleh pihak berkuasa dan meletakkan Kevin Mitnick ni sebagai seorang hacker paling bahaya di dunia sekitar tahun 1990-an.


1. GARY MCKINNON




Selepas Kevin Mitnick, Gary McKinnon pula muncul sebagai penggodam paling bahaya di dunia. Dia berjaya menggodam komputer Pentagon dan meninggalkan pesanan “sistem keselamatan anda tidak berguna”. Antara tahun 2001 dan 2002, dia berulang kali menggodam komputer tentera AS dan juga NASA dari pangkalannya di London. Tetapi apa yang dilakukannya hanya menghilangkan fail-fail dan menukar kata laluan. Ada satu tahap dia mengakibatkan shutdown terhadap sistem pertahan AS selama 24 jam dan menyebabkan trak peluru berpandu dihentikan.


Dia juga pernah meninggalkan pesanan anti-Amerika yang menyatakan dia akan terus menggodam di peringkat tertinggi. Dia ditangkap pada tahun 2002 dan kini dipenjarakan di Britain. McKinnon dianggap sebagai seorang penggodam yang mahir dan sangat bahaya kerana mampu melumpuhkan seluruh sistem ketenteraan.


Jadi persoalannya pernah tak korang kena hack? mestilah pernah kan! Kawan pinjam telefon bimbit sekejap lepas tu update status bukan-bukan dekat Facebook kita. Lepas tu bila kita perasan banyak notis masuk kita pun komen "sorry gais, kawan aku hack FB aku tadi". Mmmmm...tu bukan hack, tu hekkk dia namanya. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
best nye kalau jd hackers...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 08:59 AM | Show all posts
maaf akaun saya di hack

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 09:51 AM | Show all posts
Yang paling power No.5 la tak kene tangkap lain semua kantoi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 10:06 AM | Show all posts
Hackerudin dalam battle royal game pun banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Best nya klu boleh hack any websites
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2020 02:26 PM | Show all posts
Wah menarik infonya
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
hangpa2 yg dok guna VPN untuk access blocked url website kat Malaysia ni pun kena beringat. kadang-kala, host tu saja je provide free vpn..once connected, depa dapat segala username, password yg kita key in..
Sama juga bila install software/apps kat pc or henfon. ada worm, ada trojan horse embedded sekali. once kita proceed utk install, terus natang dajei tu pun ada dok monitor..
salah satu sebab aku suka apple ios, apps2 yg ada kat apps store tu dah disaring, kemungkinan utk data breach tu amat rendah. berbeza dgn android. walaupun google pernah berjanji akan pantau developer apps, tapi hakikatnya masih bnyk apps yg dok gain kita punya behavior penggunaan smartphone..
no.4 tu, white hat hacker kot.. saja2 nk isi masa lapang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols kagum dgn golongan2 hackers ni.. walaupun perbuatan mereka salah.. tp utk faham coding2 yg basic tu pun boleh meninggal.. apatah utk level2 hackers kayangan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Hacker ni job idaman iols masa sekolah rendah lg. Too bad parent xkasi sambung bidang ni {:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow. Yg no. 1 tu mmg selayaknya. Kagum dgn kepandaian dorg ni wlupun digunakan dgn cara yg salah. But maybe that's where the thrill lies
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape takde yg cun?

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 10:29 PM | Show all posts
zaman uni aku dulu, ada seorang hacker ni suka hack kertas soalan uni ,,, nama uni dirahsiakan. then budak tu juallah kertas soalan tu kan... tah mcm mana kantoi. hacker tu kena buang uni... time passed by, dia now jadi hacker juge n bagi talk utk cyber security.. haha...

aku rasa menarik pekerjaan ini
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2020 05:05 PM | Show all posts
Kalau kat Malaysia ni yg popular, yg keje bank hari tu lah sampai boleh beli kereta mewah. Tapi yg silap dia p siaran tv MHI ke SPM....sekali bos dia dia pun tgk rancangan tv tu...peliklah budak baru kerja tapi mampu beli kereta mewah.
Tu pun hebat jugak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2020 06:49 PM | Show all posts
WOW, this is so surprising cool. o mean hacking is bad but can hack is a cool talent I guess
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 10:22 AM | Show all posts
takda ker hacker perempuan.. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2020 10:28 AM | Show all posts
Mesti bijak2 depa ni...tapi tak dak yg segak macam Do San! Hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2020 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg paling bahaya yang tak kena tangkap tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2020 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
midori_katana replied at 7-12-2020 10:28 AM
Mesti bijak2 depa ni...tapi tak dak yg segak macam Do San! Hihihi

Hahaha kannn yg helok mcm do san...semua rupa lebey kurang mcm young san n cheol san jerrr
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 06:32 PM | Show all posts
Mod memang tak boleh beza antara spam dengan reply biasa? @FanTasyCreaTioN @sosimple @Tinot7
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.496437 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list