View: 7302|Reply: 57
|
Hafidz Roshdi Dah Jemu Watak Hero
[Copy link]
|
|
Hafidz Roshdi nak mencuba pelbagai watak yang lebih mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.
Foto: IG
"Sepanjang empat tahun ini saya selalu ditawarkan peranan watak utama dan watak yang hampir sama. Tapi kali ini saya nak fokus untuk membawakan watak-watak yang berbeza dan lebih mencabar.
"Sebolehnya saya nak cuba sesuatu watak yang baru. Kalau tak dapat peranan utama pun saya okey, asalkan watak yang ditawarkan sesuatu yang lain daripada lain dan memberi saya kepuasan yang berbeza.
"Kalau dapat dua atau tiga babak yang boleh membuatkan orang ingat, saya tak kisah untuk bawakan berbanding watak hero yang ditawarkan," katanya.
Bagi Hafidz, watak utama bukan lagi menjadi satu keutamaan asalkan setiap tawaran yang diberikan memberi impak yang baik untuk karier seninya.
"Saya tak kisah kalau ada produksi yang menawarkan watak lain selain peranan utama. Saya okey saja. Dalam tempoh sekarang ini tiada apa yang perlu saya buktikan. Kalau ada watak yang bersesuaian mengapa saya perlu tolak rezeki," katanya kepada Harian Metro.
Sekrang ini Hafidz terpaksa berjauhan dengan isteri tercinta kerana berpantang di kampung.
"Sudah lebih sebulan kami tinggal berjauhan kerana isteri berpantang di kampungnya manakala saya tinggal di rumah keluarga saya di Kuala Lumpur. Mungkin lepas habis penggambaran drama Rahimah Tanpa Rahim, saya akan bawanya pulang ke sini.
"Disebabkan saya terpaksa keluar bekerja setiap hari, jadi saya ambil keputusan untuk menghantarnya ke rumah mentua kerana bimbangkan keadaan kesihatan isteri dan anak. Tambahan pula, kes Covid-19 kini semakin membimbangkan. Insya-Allah selepas penggambaran ini selesai saya akan bertemu dengan isteri dan anak-anak. Memang rindu yang tidak terkata, tapi sekurang-kurangnya di kampung ada orang menjaganya," tambahnya. -CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
david(teo)...kasi ini orang jadi hang kebun... |
|
|
|
|
|
|
|
Cubalah bawa watak abg jamil. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia jemu watak yang sama, bukan jemu jadi watak utama. Chuols tau la kan watak utama drama tanah air mesti anak ongkaya yang jatuh cinta dengan gadis kampung.
#DoneBekap |
|
|
|
|
|
|
|
jemu sebab memang tak sesuai langsung ko jadi hero nokkk... baik jadi extra n tuang2 air, basuh pinggang atau perah santan kat belakang scene tu jah... |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin lepas habis penggambaran drama Rahimah Tanpa Rahim, saya akan bawanya pulang ke sini.
So kalau lelaki Zakaria Tanpa Zakar
Kalau pondan Khunsariah Tanpa Khunsa
|
|
|
|
|
|
|
|
Patut bersyukur lah dapat berlakon watak utama. Payment jadi watak utama kan lagi lumayan. |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 replied at 23-10-2020 04:12 PM
So kalau lelaki Zakaria Tanpa Zakar
Kalau pondan Khunsariah Tanpa Khunsa
Virginia Tanpa Vagina.
Belum pernah jumpa lagi nama berangan pukul 7 nama Virginia.
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke dia penah jadi watak psycho masa citer dia berlakon ngan 3D (datin diana danielle), saharul ridzwan n ain edruce tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Yg mendonia nak watak picisan, yg picisan nak watak mendonia..
Tahukah theyols arti bersyukur? |
|
|
|
|
|
|
|
Ank dia minum susu apa tu.. Semangat(pertanyaan mak2 dolu2) |
|
|
|
|
|
|
|
alaa toksah la berangan nak watak2 luar kebiasaan kalo production drama2 dkt malaysia ni takat adaptasi from novel cintan cintun jahh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi extra lalu lalang je la camtu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Go go go hafidz! Weols menyokong penuh. Belakon filem Pusaka jdi watak no 3 4 pon ok je. Persetankan acik2 forum ni yachh, x memberi apa2 pon. Weols yakin ada watak yg betul2 seswai utk chuols! |
|
|
|
|
|
|
|
bagi heols watak gigolo yg dilanggan ahli2 politik |
|
|
|
|
|
|
|
Baru 4tahun jadi retis ke??? Yg 20 tahun pun x mengelabah tek nk jd ape. Ko bkn ke dh xde tmpt utk watak utama ke? Sendu dh kn? Jadi je la watak ipar duai or kwn opis watak utama. Anyway citer ape je die ni menyerlah? |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk gaya dia mcm helok p kja gomen @ opis swsta.. jd cgu pj pon sswai |
|
|
|
|
|
|
|
Kt msia ni xyh nk memilih lah asalkn dpt byran setimpal sudah
Feeling2 sgt la pelakon msia ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|