CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2026|Reply: 3

“Eh.. Kenapa Bulan Ini Dua Kali Datang Haid?” Takutnya! Normal Atau Tidak?

[Copy link]
Post time 27-10-2020 01:23 AM | Show all posts |Read mode



‘Datang bulan’ bukanlah momen yang ditunggu-tunggu oleh segelintir wanita kerana potensi berlakunya PMS, kekejangan dan kembung perut. Namun bagaimana pula jika anda didatangi haid dua kali sebulan?
Kitaran haid yang normal bagi wanita dewasa adalah antara 21 dan 35 hari, namun adalah tidak menghairankan jika seseorang wanita itu mengalami perubahan bulanan dalam kitaran haid mereka.
Fahami kitaran haid

Sepanjang anda didatangi haid, anda mungkin akan mengalami situasi ini; kitaran haid berlangsung selama beberapa hari atau lebih sedikit daripada bulan sebelumnya, atau mungkin bermula lebih awal atau lambat daripada kitaran sebelumnya.
Perkara ini adalah normal, namun kadang-kadang, anda mungkin didatangi haid dua kali sebulan.
Sekiranya kitaran period anda berada di hujung spektrum yang lebih pendek, anda boleh datang bulan pada awal dan akhir bulan yang sama. Jika ini yang berlaku, tiada apa yang perlu dirisaukan.
Tetapi jika anda mengalami pendarahan di luar kitaran haid normal atau datang haid dua kali sebulan, perkara pertama yang harus dilakukan adalah untuk mengenal pasti sama ada ia adalah disebabkan pendarahan atau darah haid.
Sekiranya anda mengalami pendarahan haid, anda harus menggunakan tuala wanita atau tampon setiap beberapa jam.
Darah haid anda ini mungkin berwarna merah, coklat, ataupun merah jambu.
Sebaliknya, jika anda mengalami masalah pendarahan, darah yang keluar tidak akan cukup untuk mengisi tuala wanita atau tampon.
Darah ini kebiasaannya akan berwarna merah gelap atau coklat.
Setelah anda tentukan sama ada darah yang keluar disebabkan pendarahan atau darah haid, anda boleh mula mencari punca yang mungkin menyebabkan pendarahan tersebut berlaku.


Antara penyebab haid dua kali sebulan






1. Perimenopause
Perimenopause juga boleh menjadi penyebab berlakunya masalah ini. Ini adalah ketika tempoh menjelang menopaus, di mana hormon anda mulai berubah.
Tempoh perimenopause berbeza di antara wanita dan mungkin berlangsung hingga sepuluh tahun.
Selama tempoh ini, anda mungkin mengalami kitaran haid yang lebih pendek atau lebih lama, pendarahan yang lebih ringan atau lebih berat.
2. Endometriosis
Keadaan ini mengakibatkan pertumbuhan tisu yang serupa dengan tisu rahim di kawasan lain bahagian badan anda.
Gejala endometriosis termasuklah sakit dan kekejangan pada perut serta pendarahan yang tidak teratur.
Kadang-kadang pendarahan yang dialami mungkin menjadi sangat berat sehingga menyerupai haid.
3. Fibroid
Ini adalah satu ketumbuhan di rahim, dan biasanya tidak agresif atau menjadi kanser, tetapi boleh menyebabkan pendarahan yang berat semasa haid.
Gejala tambahan fibroid rahim termasuk:

  • Kerap membuang air kecil
  • Rasa penuh atau tekanan di kawasan pelvis
  • Sakit di bahagian punggung bawah
  • Sakit semasa melakukan hubungan seksual
4. Masalah tiroid
Masalah tiroid seperti hipertiroidisme dan hipotiroidisme juga boleh menyebabkan haid dua kali sebulan. Ini kerana, masalah tiroid boleh menyumbang kepada ketidakteraturan kitaran haid.
Dalam hipotiroidisme, kelenjar tiroid anda tidak aktif dan tidak dapat membuat hormon tiroid yang mencukupi.
Tanda dan gejala hipotiroidisme termasuk:

  • Rasa sejuk sepanjang masa
  • Sembelit
  • Sentiasa berasa letih
  • Pendarahan berat semasa datang bulan
  • Kulit pucat
  • Denyutan jantung perlahan
  • Muka bengkak
  • Pertambahan berat badan


Adakah masalah ini memerlukan rawatan?

Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami perkara-perkara berikut:

  • Haid dua kali sebulan hingga 3 bulan berturut-turut
  • Menstruasi berat
  • Sakit semasa melakukan hubungan seks
  • Gumpalan darah besar semasa haid
  • Kekejangan haid yang teruk
Rawatan masalah ini bergantung kepada penyebab terjadinya pendarahan. Walau bagaimanapun, wanita yang mempunyai kitaran haid yang pendek secara semula jadi atau yang berada di peringkat awal akil baligh tidak memerlukan rawatan.
Doktor anda mungkin mencadangkan kawalan kelahiran hormon sebagai rawatan kerana ia dapat membantu mengatur haid dan menyelesaikan potensi masalah anemia yang berlaku akibat pendarahan yang banyak.
Untuk hipotiroidisme pula, doktor anda mungkin mencadangkan terapi penggantian hormon tiroid oral.
Selain itu, semasa perimenopause, doktor mungkin mencadangkan terapi hormon untuk mengatur haid anda sehingga ketika anda memasuki menopaus.
Sekiranya anda mempunyai fibroid rahim, doktor anda mungkin mengesyorkan terapi yang berbeza, termasuk alat intrauterin, embolisasi arteri rahim, atau pembedahan.
Anda juga harus membuat perubahan gaya hidup untuk mengurangkan tahap tekanan anda kerana stres juga dapat mempengaruhi kitaran haid anda.













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2020 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Normalla kan.. kalo sesekali. Ovari kita ade dua.. adekala dia pun mengong
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
I dh 4 bulan xperiod.. mungkin i pra menopos.. pelik betul umur 30 dh nk menopos{:nose
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
I think its normal la mcm tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.056641 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list