View: 5032|Reply: 37
|
Bunuh Ibu Bapa, Nenek Dan Adik Sebab Takut Kantoi 'Ditendang Universiti'
[Copy link]
|
|
Lelaki membunuh empat ahli keluarganya bagi mengelak penipuannya terkantoi.
Mirror melaporkan, Menhaz Zaman, 24, membunuh ibunya, Momotaz Begum, 50, bapanya, Moniruz Zaman, 59, adik perempuannya, Malesa Zaman, 21, dan neneknya berusia 70 tahun, Firoza Begum pada Julai tahun lalu.
Kredit foto: Mirror
Lelaki dari Markham, Kanada membunuh mangsa sehari sebelum dia kononnya menerima ijazah kejuruteraan dari Universiti York.
Hakikatnya, suspek hanya menghabiskan masa di pusat beli-belah, gim dan bermain permainan video selepas 'ditendang' dari universiti akibat gagal dalam pengajiannya.
Dalam keterangannya di mahkamah, selepas melakukan pembunuhan itu dia mengirim pesanan ringkas kepada rakan-rakan di laman sosial dengan mengatakan dia telah merancangnya selama tiga tahun.
Rakan-rakan yang terkejut dengan kiriman teks itu melaporkannya kepada polis yang kemudian menemui mayat kesemua mangsa di rumah keluarga bekernaan.
Bulan lepas, Zaman mengaku bersalah melakukan pembunuhan darjah dua terhadap ibunya dan pembunuhan darjah pertama terhadap nenek, adik serta bapanya.
Kredit foto: Mirror
Katanya kepada polis, dia membunuh ibunya sekitar jam 3 petang pada 27 Julai 2019 sebelum membunuh neneknya sejam kemudian dengan mengelar leher kedua-dua mangsa.
Dia kemudian bermain permainan video dan tidur sekejap sementara menunggu adik dan bapanya pulang dari kerja.
Ketika perbicaraan mahkamah dalam talian pada Isnin, peguam Kevin Stewart memaklumkan hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa itu dihentak di kepala dipercayai menggunakan tuil besi sebelum mengelar leher bapa dan adiknya.
Zaman berdepan hukuman penjara 100 tahun jika didapati bersalah.
Pendakwa dan pihak pembelaan mencadangkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang pembebasan bersyarat selama 40 tahun bagi keempat-empat pembunuhan itu iaitu 15 tahun bagi pembunuhan ibunya dan 25 tahun bagi pembunuhan tiga mangsa lain dan hukuman dijalankan serentak.
Mahkamah menetapkan 2 November sebagai tarikh jatuh hukum. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gile kau ni. x layak hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Rupa mcm melayu sikit2. Dah tertekan sgt kot living in a lie. |
|
|
|
|
|
|
|
Deeyyyy.....kao nih lebih Hina daripada binatang... |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin akibat terpengaruh dgn permainan video yg dia ketagih |
|
|
|
|
|
|
|
Dh bunuh selamba main game |
|
|
|
|
|
|
|
Mana lg best? Kantoi study ke kantoi membunuh? |
|
|
|
|
|
|
|
Hotak Kau
Aku keturunan kelen. Engkau tu racist pade melayu..
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanya tekanan, dengan bil hutang belajar lagi!
sape nak bayar khennn takkan mak bapak dia nak tanggung dia main game selama2nya |
|
|
|
|
|
|
|
Gilaaaaa la.. Dasar anak tak guna. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by crossline at 27-10-2020 08:35 PM
tumpanglalu74 replied at 27-10-2020 07:43 PM
Aku keturunan kelen. Engkau tu racist pade melayu..
Amboiiiii sedapnya budi bahasa, siap highlight "Hotak kau" ye.... Sikit2 racist, sikit2 racist, kau tu yg hati hitam asik nak pikir org racist je, ke ko tu yg racist kat melayu? Patutlah perangai pun saiko mcm pembunuh ni, sama keturunan rupanya... Nah ambik nak sgt tuduh aku racist kan?! Kau gi main fb je lah kalau nak merempam mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang Kau Racist
Sume nak tudoh melayu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by crossline at 27-10-2020 08:43 PM
tumpanglalu74 replied at 27-10-2020 08:35 PM
Sume nak tudoh melayu..
Bijak sgt kau ni, nak triggered bagai....aku kata rupa dia mcm melayu sbab kawan aku ada muka sikit2 mcm si saiko tu lah pandai.... Tgk adik ppuan yg kena bunuh tu pada pandangan mata kero aku ni pun mcm melayu gak, cantik kot. Ko gi cekap kat psy je lah esok, masalah otak ko truk tahap tak boleh bawak bincang. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde Macam Melayu Pon
Otak ko tu yang rosak..
|
|
|
|
|
|
|
|
dah migrate ke kanada pon tetap tak berubah... |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 27-10-2020 08:43 PM
Otak ko tu yang rosak..
Pakcik /makcik main lah word kaler2 & bold mcm budak2 puas2 ye. Cikgu saya kata " dont argue with stupid people" tatatititutu |
|
|
|
|
|
|
|
Therefore
I will stop arguing with U.. Tatatititutu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kelakar pulak baca komentar hari inniy. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by crossline at 27-10-2020 08:54 PM
tumpanglalu74 replied at 27-10-2020 08:48 PM
I will stop arguing with U.. Tatatititutu..
Btw,ko ada harapan nak jadi psy mcm pembunuh ni, maklum le keturunan sama kan... bawak2 lah gi berubat ke, gi hospital cari wad psikiatri tau... Goodluck, all the best! |
|
|
|
|
|
|
| |
|