Budak perempuan berusia enam tahun dirogol dan ditikam selepas keluar membeli gula-gula dan kerepek.
Mirror melaporkan, mayat Inathi Mhlahlo ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam semak berhampiran rumahnya di Mdantsane, South Africa, lima jam selepas kehilangannya.
Kredit foto: SplashNews.com
Lebih menyayat hati, selain seluar dan seluar dalam serta kasutnya ditanggalkan, kanak-kanak itu ditikam berhampiran lehernya.
Berkata kepada DispatchLive, dia hanya menyedari kehilangan anaknya ketika pulang dari kerja pada tengah hari Isnin.
Dia dimaklumkan adiknya, Phaphama bahawa keluarga mereka mencari kanak-kanak berkenaan selepas mangsa tidak pulang dari kedai berkenaan.
Bagaimanapun, mereka tidak menemuinya di tempat biasa dilewati kanak-kanak berkenaan dan menjadi semakin panik apabila pemilik kedai mendakwa tidak melihat Inathi.
Kredit foto: SINO MAJANGAZA
Mereka kemudian mendapatkan bantuan penduduk setempat untuk mencari kanak-kanak itu sebelum menerima panggilan mengenai penemuannya.
"Mereka meminta saya membawa selimut. Kami menyangkakan Inathi masih hidup, namun sebaik tiba di hospital, kami terkejut apabila dimaklumkan dia sudah meninggal dunia," kata Thandiwe.
Kes kini dalam siasatan, namun masih belum ada sebarang tangkapan dibuat. - CARI |