View: 2146|Reply: 7
|
Peluru Sesat Tembusi Kepala Kanak-kanak Ketika Buat Kerja Sekolah
[Copy link]
|
|
Malang nasib kanak-kanak perempuan ditembak peluru sesat ketika menyiapkan kerja sekolah di ruang tamu rumahnya.
Metro melaporkan, kejadian berlaku di Chicago itu menyebabkan Timiya Andrews, 8, bergantung pada mesin sokongan hayat sebelum meninggal dunia pada Rabu iaitu enam hari selepas peluru sesat itu menembusi kepalanya.
Kredit foto: CBS2
Ketika kejadian, seorang lelaki bersenjata berdiri di seberang rumahnya dan melepaskan 16 tembakan dengan satu peluru menembusi sisi rumah mangsa dan mengenai kepalanya.
Polis percaya peluru itu tersasar mengenai objek lain sebelum terkena kepala mangsa secara tidak sengaja.
Timiya dikejarkan ke Hospital Kanak-kanak Comer University of Chicago sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas enam hari dirawat di unit rawatan intensif (ICU).
Siasatan giat dijalankan, namun tiada sebarang petunjuk dan suspek belum dikesan.
Mereka tidak percaya penembakan itu disasarkan, dan ketika ini sedang berusaha untuk mengetahui sekiranya penembak itu meninggalkan kawasan itu dengan kereta atau berjalan kaki.
Ganjaran ASD10,000 (RM41,585) ditawarkan untuk sebarang maklumat hingga membawa kepada penangkapan pembunuh Timiya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tgk gambar berpixel, ingatkab Melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Muka nak sama dengan kanak2 dibunuh semasa beli jajan .. |
|
|
|
|
|
|
|
Firasat mengatakan penembak pun african american jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kpd keluarga.. harap penembak itu dibawa ke muka pengadilan |
|
|
|
|
|
|
|
tau xpe..ingatkan berita yg sama..hmmm..tetiba rasa syukur Malaysia masih aman..
|
|
|
|
|
|
|
|
US ni yang patut digelarkan pengganas. Mudah sangat dapat senjata. Banyak sangat kes tembakan rawak dan kes tembak menembak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu. Mudah sangat dapat beli pistol tu macam beli mainan je. Dah la ramai yg tak betul. Ada hati nak kata negara islam ni negara pengganas
|
|
|
|
|
|
|
| |
|