Putera William mengalami kesukaran bernafas selepas diuji positif Covid-19, namun memilih untuk merahsiakannya daripada rakyat.
The Sun melaporkan, Duke of Cambridge itu merahsiakan keadaanya kerana tidak mahu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat.
Kredit foto: IG Duke and Duchess of Cambridge
The Sun melaporkan, pewaris takhta diraja Inggeris berusia 38 tahun itu disahkan positif Covid-19 pada April lalu iaitu beberapa hari selepas bapanya, Putera Charles dan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dijangkiti virus berkenaan.
Suami kepada Kate Middleton itu dirawat dan menjalani kuarantin di Anmer Hall, kediaman keluarganya di Norfolk.
Bagaimanapun, William masih melakukan 14 panggilan telepon dan video sepanjang April.
Kredit foto: IG Duke and Duchess of Cambridge
Menurut sumber, Keadaan William agak teruk hingga sukar bernafas dan membuat orang di sekelilingnya menjadi panik. Bagaimanapun, William nekad meneruskan tugasannya seperti biasa.
Selepas berita mengenai Charles dan Boris positif Covid-19, William khuatir akan mencetuskan panik dalam kalangan rakyat sekiranya dia mendedahkan perkara sebenar.
"Ketika itu, dia merasakan ada perkara lebih penting perlu diberi perhatian.
"Kejadian itu juga membuat dirinya sedar bahawa sesiapa saja boleh dijangkiti Covid-19 dan betapa pentingnya untuk semua pihak memandang serius perintah lockdown kedua di Britain," kata sumber.- CARI |