View: 4320|Reply: 27
|
30 Tanda Anda Mempunyai Kawan Baik
[Copy link]
|
|
Kredit foto : Google
Sebilangan besar daripada kita mempunyai satu atau beberapa rakan yang sangat kita percayai.
Rakan-rakan yang akan muncul dengan beberapa keping coklat selepas anda putus cinta, yang akan anda mesej dahulu apabila anda ingin berkongsi beberapa berita menarik. Rakan yang mengenali anda dengan baik, mereka boleh memilih makanan kegemaran anda dengan mudah.
Dalam tinjauan pendapat 2,000 orang dewasa yang dilakukan pakar dari Hallmark, 84 peratus percaya sahabat baik sebenarnya seseorang yang walaupun sudah lama tidak berjumpa seperti berminggu-minggu atau berbulan-bulan, tetapi ketika anda berjumpa seperti tidak ada apa yang berubah .
Malah, Instagram juga mempunyai kemas kini baru yang mengubah cara anda berinteraksi dengan rakan. Oleh itu, tidak menghairankan bahawa kajian juga mendedahkan bahawa hampir dua pertiga akan hilang tanpa sahabat mereka dan 32 peratus yang sentimental mengakui masih menyimpan kad yang diberikan oleh rakan baiknya.
Kredit foto : Google
Jadi adakah BFF anda mempunyai kualiti seperti yang dinyatakan?
30 tanda anda telah menemui rakan seumur hidup.
Mereka tidak pernah menilai anda
- Sentiasa menyimpan rahsia anda
- Mereka selalu jujur dan berterus terang
- Anda tidak perlu bercakap setiap hari untuk memberitahu bahawa anda ada untuk apabila diperlukan
- Walaupun senyap tetapi tidak pernah merasakan ianya satu keadaan yang tidak selesa.
- Anda pergi untuk jangka masa yang panjang tanpa bercakap atau melihat satu sama lain tetapi merasakan tidak pernah berpisah
- Tidak pernah bergosip mengenai anda di belakang anda
- Anda boleh bercakap mengenai perkara intim secara terbuka
- Mereka berada di hujung telefon sepanjang masa
- Mengetahui bagaimana membuat anda ketawa ketika merasa sedih
- Mereka memastikan anda pulang dengan baik apabila anda terlalu banyak minum (mabuk)
- Anda gembira dapat berkongsi bilik bersama
- Mereka sentiasa mengatakan `ya` untuk menolong anda walaupun sebelum anda memberitahu masalah anda
- Anda boleh tahu bagaimana perasaan masing-masing dengan satu pandangan di wajah mereka
- Anda mempunyai jenaka peribadi dimana hanya anda berdua merasakannya
- Sentiasa menghantar kad ulang tahun
- Tidak pernah mengejar bekas teman lelaki / teman wanita anda
- Tidak pernah menyimpan perasaan atau dendam jika bergaduh
- Anda selesa membuat apa sahaja seperti menukar pakaian di hadapan rakan anda.
- Selalu mengingati perkara-perkara kecil, seperti janji temu dengan doktor
- Anda dengan senang hati akan meminjamkan wang antara satu sama lain tanpa mengharapkan balasan
- Muncul dengan hadiah atau bunga untuk menceriakan anda
- Tahu minuman kegemaran anda
- Akan menjemput anak anda dari sekolah tanpa mengharapkan balasan
- Mereka memberitahu anda apabila ada makanan di celah gigi
- Mereka tidak kisah anda memanggil ibu bapa mereka dengan nama
- Tidak menilai bagaimana anda mendidik anak - anak
- Mereka melindungi anda apabila anda memerlukan alibi
- Mereka tidak akan pernah meletakkan gambar anda yang tidak menarik di media sosial tanpa persetujuan anda
Ada tanda berikut pada anda dan rakan? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kawan baik I sejak dah tua tua ni semua jauh jauh. Setahun sekali jumpa kalau rezeki ada. Lagipun tak ramai but once jumpa, sama ada bercuti, pergi makan makan ke or shopping. And yes we do contact hari hari. Setakat ciri ciri diatas tu I perasan banyak dengan spouse. Salin baju, jemput anak, simpan rahsia, ye lah I gossip pasal officemate pun dengan dia lah. Kalau roasting on someone we know, memang menjadik. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak boleh la tak cakap dgn bff aku 1hari. Mcm mana kena cakap jgk walaupun kejap otp. Ada ja benda nak luah tak pun just tnya kabar |
|
|
|
|
|
|
|
aku lagi la xde kwn baik or bff sbb aku menjauhkan diri..dari pengalaman kwn kwn byk yg x ikhlas berkwn ramai yg lebih nak tgk kita jatuh..so aku senang sorang2 borak ngan laki anak jer..
bkn xde kwn yg ajak jumpa lepak tapi ntah la rasa mls lagi syiok layan keluarga x sakit hati. Beruntung la sape yg ada kwn baik yg betul2 baik zmn skang ni |
|
|
|
|
|
|
|
kawan baik ke kawan yg baik? |
|
|
|
|
|
|
|
Yang last tu bukan kawan baik ke yang selalu membahan gambar2 buruk kawan diaorang |
|
|
|
|
|
|
|
Sahabat baik ni walaupun sorang tetap lebih baik dari seribu kawan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan baik ada 3 orang, jarang contact but we just knew. Bila rasa ri nu or sedih mesti tiba2 dieorg mesej tanya khabar.
Love them kerana Allah {:childlike |
|
|
|
|
|
|
|
Iols dh bertahun xde kawan baik.. sbb most fo the time iols rasa dipergunakan utk kepentingan mereka.. kawan yg terbaik adalah diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Samalah macam I.
Dulu ada lah bff dr mula kerja hingga ke last 5 years. Kami selalu minum bersama. If I ada masalah kerja or dia -kami akan gi cafe untuk minum nescafe tarik utk menghilangkan stress. pastu gossip2 tth ofis.
Tapi lepas dia naik pangkat ,dia jadi sombong. Boleh dia marah I depan orang ramai.
Lepas tu I terus menjauhkan diri drp dia.
Ada juga yang mengambil kesempatan. Bila baik dengan I, selalu pinjam duit. Asal jumpa I, I dah tau ni mesti nak pinjam duit. Walaupun dia bayar tapi I tak begitu selesa sebab lama installment due to large amount.
So baik I duduk sorang2 aje. No BFF.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-11-2020 10:46 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
mdhelmi replied at 10-11-2020 09:10 AM
kawan baik ke kawan yg baik?
Artikel ni berkenaan kwn baik atau sahabat yg sanggup senang & susah bersama merempuh onak duri cheewah.. Bese yg dah lama kenal la
Kwn yg baik yg selalu kita jumpa mcm kt opis selalu bersosial tp x sanggup kongsi susah bersama pikir seronok jer |
|
|
|
|
|
|
|
hah tu la..tapi idok la aku putuskn silaturrahim just kwn2 gituh ja..x perlu baik sgt just ada limitation..gituh lg senang kita pun x sakit hati pening kepala
|
|
|
|
|
|
|
|
rindunya kawan2 baik saya, bila dah besar, dah kahwin, semua buat hal sendiri2 dah sbb masing2 merantau jauh, takde masa nak berjumpa, hangout macam zaman masa sebelum kahwin dulu, tp still get in touch melalui whatsapp, instagram n call, rindu mereka semua, saya ada 6 org bff sejak dr zaman sekolah menengah, saya harap perhubungan kami sampai ke akhir hayat. miss my bff so much!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan mudah nak dapat kawan yang baik macam dalam senarai tu zaman sekarang ni. Kalau ada seorang hargailah persahabatan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. Kakyung ada 2 3 orang sahabat yang sentiasa ada disisi bila susah dan senang... Kawan ramai sebab kakyung jenis peramah dan mudah mesra.. Tapi yg betul2 sahabat tu la.. Dah tua2 ni malas nak menambah kawan rapat.. Setakat kenalan tu boleh laa |
|
|
|
|
|
|
|
petanda ada kawan yang baik ialah ada tempat meminjam duit dikala kesusahan, dan petanda kita kawan yang baik ialah kita pulang bila tiba masanya |
|
|
|
|
|
|
|
Ai dgn kwn baik jarang sgt telepon.ai jenis xsuka ckp kt tel.tp wsap mmg on.lama xcontact pon.tiba2 wsap xde hal.mcm baru smlm gosip2.siap boleh smbung gosip lg
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada la beberapa org kwn baik wpn kdg gaduh masam muka tu bese la pastu baik balik |
|
|
|
|
|
|
|
kawan baik ramai... tapi kawan yang sanggup susah senang tu mungkin rare. |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur sebab meols ada beberapa org bff yg sgt memahami. Meols jenis introvert & sgt perlukan alone time utk recharge. So masa tgh recharge tu kdg2 mmg malas nak texting / borak dgn sesapa. Even dgn bff pun kdg2 je baru contact. Tapi kalau diorang ajak jumpa / call utk share problems meols onzzz je. Senang citer meols bukan utk org yg jenis clingy |
|
|
|
|
|
|
| |
|