CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1564|Reply: 18

Lelaki Suruh Taliban Serang Anak Kerana Dapat Kerja

[Copy link]
Post time 11-11-2020 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki tergamak bersekongkol dengan kumpulan Taliban menyebabkan anaknya buta kerana berang wanita itu berdegil mahu keluar rumah untuk bekerja.


Berikutan itu, Khatera, 33, yang bertugas sebagai pegawai bahagian jenayah diserang tiga lelaki di hadapan balai polis di wilayah Ghazni, Afghanistan, di mana dua matanya ditikam dengan pisau.


Menurut laporan The Sun, mangsa yang mengimpikan untuk bekerja di luar rumah memulakan tugas di balai berkenaan tiga bulan sebelum serangan itu.




Kredit foto: Reuters




Walaupun mendapat tentangan keras daripada bapanya, wanita itu menerima tawaran kerja berkenaan selepas mendapat keizinan suaminya.

"Acap kali saya lihat bapa mengekori saya ketika keluar bertugas.

"Dia mula menghubugi kumpulan Taliban berhampiran kawasan perumahannya dan meminta mereka menghalang saya daripada pergi bekerja," katanya.


Dia berkata, bapanya memberikan salinan kad pengenalannya kepada kumpulan terbabit untuk membuktikan dia bekerja untuk polis. Malah, pada hari kejadian, lelaki itu menghubunginya sepanjang hari untuk memastikan lokasinya sebelum diserang.


Jurucakap polis mengesahkan bahawa pihaknya percaya serangan itu dilakukan kumpulan militan terbabit yang bagaimanapun, menafikan dakwaan berkenaan.




Kredit foto: Reuters




Difahamkan, bapa mangsa juga ditahan untuk membantu siasatan.


Khatera dan keluarganya, termasuk lima anak kini bersembunyi di ibu kota Kabul dan terpaksa memutuskan hubungan dengan ahli keluarga lain termasuk ibunya yang menyalahkan dirinya sebagai penyebab bapanya ditahan polis.

"Kalau boleh, saya mahu mendapatkan semula penglihatan saya dan kembali berkhidmat dengan polis," katanya. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2020 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
BAPA TAKGUNAAAA.. Anak nak cari rezeki bukan nak pi menggatal.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 03:46 PM | Show all posts
Sanggup cacatkan anak sendiri hanya kerana anak bekerja dengan polis bimbang tak tentu hala.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 03:49 PM | Show all posts
Edited by ChildrenOfBodom at 11-11-2020 08:10 PM

Living in Kandahar is kinda hard
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 04:02 PM | Show all posts
Bodohnya. Anak sendiri tergamak dia buat macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Buduhnyaaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2020 04:10 PM | Show all posts
dasar bangsa otak kat tumit kaki!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Extremely toxic patriachy . Perempuan betul2 duduk bawah tapak kaki lelaki. {:stress
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2020 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kan dapat keizinan suami utk bekerja. Apasal bapak dia boleh veto pulak. Bukan ke anak dia tu wajib taat kat suami kalau dia sendiri ikut ajaran agama?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tmpt jahilliya ni gini la. Ppahaman extremist ni sikit2 dah masuk malaysia..hmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Celakanya... Tikam balik mata bapak dia, lepas tu tikam otak tu sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 11-11-2020 08:14 PM
Dia kan dapat keizinan suami utk bekerja. Apasal bapak dia boleh veto pulak. Bukan ke anak dia tu wa ...

Ai believe bapak tu tak puas hati kat anak sendiri kerana jadik outspoken, independent dan berani bila dah dapat education. Mungkin bapaknya jenis jantan hanat expect pompuan jadik lombu ikut cakap dia saja. Selain itu dia juga malu lehat anaknya jadik so capable (walau perempuan) hingga mungkin jadik umpatan dan buah mulut jantan tak guna yang dengkikan pencapaian anaknya di kampung tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 11-11-2020 08:28 PM
Ai believe bapak tu tak puas hati kat anak sendiri kerana jadik outspoken, independent dan berani  ...

Hmm kalau mcm tu susah la sampai bila2. Salah satu jantan kuat mengumpat pompuan bekerja tu taliban tukang serang adik ni agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
idiot

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 11-11-2020 03:39 PM
BAPA TAKGUNAAAA.. Anak nak cari rezeki bukan nak pi menggatal.

haraam wanita keluar rumah tanpa muhrim
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 11-11-2020 08:28 PM
Ai believe bapak tu tak puas hati kat anak sendiri kerana jadik outspoken, independent dan berani  ...

afghanistan sis.. wadaya expect...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2020 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 11-11-2020 09:21 PM
Hmm kalau mcm tu susah la sampai bila2. Salah satu jantan kuat mengumpat pompuan bekerja tu taliba ...

Biasa la sis. Jantan hanat ni memang cenderung takleh tengok pompuan naik sis. Mula la nak dengki, nak mengata, nak perlekeh. Siapa suruh tak blaja rajin2 kan. Ujung2 mampo jadik teroris bodo ja la pehtu bunuh, tembak, culik, dera, assault pompuan yang hidop jauh lagik maju dari dia yang sifir 6 pun tak hafal.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2020 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 11-11-2020 09:27 PM
afghanistan sis.. wadaya expect...

Kita tau bukan senang2 mangsa ni nak dapat keja dia. Sah2 bermacam rintangan terpaksa dia lalui sebelum dia dilihat capable untuk bekerja di balai tu. Ujung2 hidop dihancurkan bapak sindri. Loser namamps kaum jantan di negara stan2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2020 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
darkness replied at 11-11-2020 08:19 PM
Tmpt jahilliya ni gini la. Ppahaman extremist ni sikit2 dah masuk malaysia..hmm

Akak setuju dengan statement kau pasal nak masuk malaysia tu sister.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.052781 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list