Korea Selatan mengeluarkan amaran penularan virus H5N8 selepas mendapati strain selesema burung tersebut didapati berada di dalam sampel dari burung liar di barat tengah negara itu.
Menurut laporan, virus itu dijumpai di dalam sampel yang dikumpulkan dari burung liar minggu lalu di Cheonan-si, Chungcheongnam-do, kira-kira 84km barat daya ibu kota Seoul, kata Kementerian Pertanian dalam satu kenyataan.
Kementerian itu mengatakan kerajaan telah meningkatkan langkah pencegahan untuk mencegah penyebaran selesema burung yang lebih luas dan mengeluarkan amaran kerana terdapat peningkatan risiko virus tersebut untuk tersebar. “Ini adalah situasi serius di mana bahan pencemar dapat mengalir dari tanah burung yang bermigrasi ke ladang melalui berbagai laluan,” kata Kementerian Pertanian Kim Hyeon-soo dalam sebuah pernyataan,.
Beliau turut mendesak pelaksanaan tindakan kuarantin secara menyeluruh di ladang, seperti pembasmian kuman secara harian di ladang sebelum keadaan menjadi parah.
Yang dok ada pun tak habis lagi dah datang yang lain pulak. Katanya kat sana nak kuat kuasa pemakaian pelitup muka untuk semua orang tak pakai kena denda dan jarak pulak kena 1.5 m. Dah nak masuk winter suhu dah turun 5 ramai kena season flu selalunya time2 macam ni.
Post time 13-11-2020 02:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
mbhcsf: Allahu Akbarok ini cross species transmission , tak ?avian flu ? H5N1 kan?H1N1?dulu , like weeks ago Japan,now Korea ye.KKM - please commentJabatan Ve ...