Sambutan Deepavali di India dicemari kemerosotan kualiti udara yang teruk di beberapa bandar di seluruh negara, susulan pembakaran mercun secara haram.
Kredit foto: Reuters
Asap tebal kelihatan di beberapa tempat tumpuan di bandar ini pada malam sambutan Diwali hingga lewat Sabtu, menurut Hindustan Times.
Indeks kualiti udara mencatatkan kategori sangat berbahaya pada 11 malam membabitkan Anand Vihar (481), kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi (444) dan kawasan Lodhi Road (414).
Kredit foto: Hindustan Times
India menguatkuasakan larangan penjualan mercun dan pembakarannya mengikut dasar kerajaan dan Tribunal Hijau Kebangsaan, tahun ini
Larangan itu termasuk di barat Bengal dan Telangana bagi mengurangkan pencemaran udara yang berisiko kepada pandemik Covid-19.
Sumber: Harian Metro |