CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9028|Reply: 76

[Tempatan] Cikki form one baru nak tumbuh kopek ikut 4 ekor jantan walaupun baru kenal 3 ha

[Copy link]
Post time 16-11-2020 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Modngengade at 16-11-2020 02:06 PM



Alor Setar: Baru tiga hari kenal, seorang remaja perempuan sudah berani mengikut lelaki yang baru dikenalinya ke sebuah bilik sewa di Jalan Langgar, di sini.

Difahamkan, sebelum itu, pelajar tingkatan satu terbabit memberi alasan kepada ibunya hendak keluar sebentar sebelum mengikut lelaki yang dikenali melalui WhatsApp selepas diperkenalkan oleh rakannya.

Bilik yang agak sempit dan padat itu dipercayai disewa pada harga RM50 semalam oleh salah seorang lelaki yang ditahan.

Bagaimanapun, remaja berusia 13 tahun itu diselamatkan selepas polis menyerbu bilik berkenaan, 12.30 tengah malam tadi.

Ketika serbuan itu, polis menahan remaja perempuan terbabit dan enam lagi individu lain, termasuk dua remaja perempuan, masing-masing berusia 15 dan 18 tahun, serta empat lelaki berusia antara 14 hingga 21 tahun.

Selain itu, pemeriksaan di dua bilik bersebelahan mendapati terdapat dua pasangan lain.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar yang diketuai Asisten Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim.

Selain itu, anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) turut menyertai operasi berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Nor berkata, dalam Ops Bersepadu /Ops Pelita itu, seramai 11 individu ditahan kerana berkumpul dalam tiga bilik.

Beliau berkata, tujuh daripadanya di dalam satu bilik, manakala dua lagi pasangan di dua bilik berlainan.

Katanya, mereka didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata, tujuh daripadanya turut didapati positif dadah, termasuk tiga remaja perempuan berusia 15, 17 dan 18 tahun.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif ketamin dan methampetamine," katanya.

Mengulas lanjut katanya, mereka yang didapati positif disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Bagaimanapun katanya, dua pasangan lagi disiasat kerana melanggar PKPB dan diserahkan kepada penguatkuasa JAIK kerana disyaki berkhalwat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2020 @ 10:16 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2020 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
jalan langgar...jalan langgar...oh...ni area sebelum HSB
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk je sbb dah dpt full story
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 10:44 AM | Show all posts

Baru Tiga Hari Kenal, Dah Ikut Lelaki Balik Bilik Sewa

Baru tiga hari kenal, seorang remaja perempuan sudah berani mengikut lelaki yang baru dikenalinya ke sebuah bilik sewa di Jalan Langgar, di sini.


Difahamkan, sebelum itu, pelajar tingkatan satu terbabit memberi alasan kepada ibunya hendak keluar sebentar sebelum mengikut lelaki yang dikenali melalui WhatsApp selepas diperkenalkan oleh rakannya.


Bilik yang agak sempit dan padat itu dipercayai disewa pada harga RM50 semalam oleh salah seorang lelaki.


Foto: Harian Metro




Bagaimanapun, remaja berusia 13 tahun itu diselamatkan selepas polis menyerbu bilik berkenaan, 12.30 tengah malam tadi.


Ketika serbuan itu, polis menahan remaja perempuan terbabit dan enam lagi individu lain, termasuk dua remaja perempuan, masing-masing berusia 15 dan 18 tahun, serta empat lelaki berusia antara 14 hingga 21 tahun.


Selain itu, pemeriksaan di dua bilik bersebelahan mendapati terdapat dua pasangan lain.


Serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar yang diketuai Asisten Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim.


Selain itu, anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) turut menyertai operasi berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Nor berkata, dalam Ops Bersepadu /Ops Pelita itu, seramai 11 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan berkumpul di dalam tiga bilik.


Beliau berkata, tujuh daripada mereka berada di dalam satu bilik, manakala dua lagi pasangan di dua bilik berlainan.


Beliau berkata, tujuh daripadanya turut didapati positif dadah, termasuk tiga remaja perempuan berusia 15, 17 dan 18 tahun.


"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif ketamin dan methampetamine," katanya.


Mengulas lanjut katanya, mereka yang didapati positif dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Bagaimanapun katanya, dua pasangan lagi disiasat kerana melanggar PKPB dan diserahkan kepada penguat kuasa JAIK kerana disyaki berkhalwat. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 10:47 AM | Show all posts
ya allah beraninya semua..
muda2 lg dah amik dadah..
jauhkan dr keturunan kite semua mcm ni aminnnn
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 10:48 AM | Show all posts
mentang2 dah abis mco
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2020 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Depan hospital tu ke? Pakcik aku bagitahu sekolah area situ problem sikit, kawasan kg kan wlpun dalam bandar
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 16-11-2020 10:57 AM
Depan hospital tu ke? Pakcik aku bagitahu sekolah area situ problem sikit, kawasan kg kan wlpun dala ...

bukan..depan hospital taman...aku rasa ni area giant...situ ada flat PPR dan kwsn kmpg belakang ada mslh dadah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2020 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru 13 tahun. Hmm semoga ank aku dijauhkan lah benda2 mcm gini. {:childlike
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Lucahnya tajuk thread pon....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Masuk sbb nak tgk sapa y bukak benang ni sbb tajuk catchy sgt. Kekekeke~

Baidewei,org nak ckp bbnus skrg naif?dgn berita mcm ni,ai rasa mmg dia sendiri y nak..ntah2 dah tertebuk pun
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 16-11-2020 02:59 AM
bukan..depan hospital taman...aku rasa ni area giant...situ ada flat PPR dan kwsn kmpg belakang ad ...

Oo kawasan giant tak ingat. Kg tepi hospital tu tau la. Pakcik aku dok taman tepi hospital tu, nak ke rumah dia kena lalu kg tu dulu. Gangster bukan main budak2 situ, siap ugut sepupu aku.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 16-11-2020 11:08 AM
Oo kawasan giant tak ingat. Kg tepi hospital tu tau la. Pakcik aku dok taman tepi hospital tu, nak ...

kmpg telaga batu? aku lupa..taman sebelah HSB pun dah lama...situ taman kos sederhana tak salah aku.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 11:15 AM | Show all posts
bangang mak pak sekarang, anak pompuan mintak keluar malam2 camtu je ko bagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 16-11-2020 03:12 AM
kmpg telaga batu? aku lupa..taman sebelah HSB pun dah lama...situ taman kos sederhana tak salah ak ...

Entah tak tahu... Staff2 hospital je sewa situ... Betul2 tepi pintu belakang hospital.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 16-11-2020 11:22 AM
Entah tak tahu... Staff2 hospital je sewa situ... Betul2 tepi pintu belakang hospital.

hahaha...aku tau..taman belakang tu la...aku swelalu pi beli nasi lemak kat situ kalau tok admit wad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2020 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak, mesti ada taik dadah
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 11:40 AM | Show all posts
kecik2 lg dah main dadah, tah ye ke tak ckp ke mak nak keluar jumpa kawan, kot sorok2 keluar time mak tidur
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
13 y.o & nk klr kejap tgh mlm (serbuan 12.30am), xkn parents kasik je? Aku dulu umur tu, curfew aku start b4 maghrib.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 11:46 AM | Show all posts
Iols rela kena cemuh dengan jiran tetangga sebab jadi naga bising kat anak2 dari biar je anak2 hanyut gini
Mintak jauhlah.. semoga dijauhkan benda2 tak elok gini dekat diri sendiri, anak cucu cicit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.267853 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list