Mengejutkan! Di kala rakyat Amerika Syarikat (AS) berdebar menantikan keputusan pemilihan Presiden yang memakan masa beberapa hari baru-baru ini, rupa-rupanya segelintir daripadanya melayari laman web lucah.
Ianya diumumkan laman web tersebut dengan menyatakan pelbagai kata kunci bagi setiap negeri. Malah, laman web tersebut turut memuat naik info grafik berbentuk peta AS bagi menjelaskan fenomena tersebut.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202011/15/192358uvvii5e7klfiq7jq.jpg) Kredit foto: Daily Star
Laman web tersebut dengan nakal mengusik rakyat AS dengan menyatakan ianya adalah apa yang mereka mahukan selain menantikan keputusan Presiden AS yang ke-46.
'Show what was truly on Americans' minds'
Dengan menyatakan beberapa negeri yang tinggi dengan kata pencarian tertentu, seperti di Florida, Oregon, Colorado, Georgia, Iowa, Missouri jelas menunjukkan cita rasa rakyat AS yang pelbagai.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202011/15/194829htfot6yb9wgbexze.jpg) Foto : amazon.com
Selain itu, kata kunci permainan video juga popular di laman web tersebut.
Jika AS yang terkenal dengan sikap terbuka mengenai s*ks, kita di Malaysia juga pernah menjadi antara negara tertinggi pencarian laman web lucah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula-mula diperkenalkan pada Mac lalu.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202011/15/195032mfrr75d0b01fjdfn.png) Foto : Google
Jadi, adakah AS sama dengan Malaysia? - CARI
|