"Alangkah sedih apabila buku yang dibaca sebenarnya adalah kompilasi bahan-bahan dari Internet!"
Begitu yang dialami seorang netizen kala membaca buku berkenaan revolusi sikap membaca. Dengan susunan ayat tunggang langgang, ayat yang diceduk dari Internet kemudiannya diterjemahkan secara terus, perenggan sama diulang beberapa kali dan pelbagai lagi kesalahan yang sukar dimaafkan.
Lebih menyedihkan buku itu dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Buku Negara 2019. Kenapa boleh jadi begitu?
Foto : Twitter
Menurut Kasma, ianya sangat mengecewakan kerana tidak sepatutnya buku terbitan Penerbit Profilik dipasarkan jika mempunyai kesalahan besar sebegini.
3 perenggan sama dalam 1 muka surat - Twitter
Lebih menyedihkan apabila penulis tersebut membuat serangan peribadi terhadapnya pula.
Foto : FB
Menurut seorang lagi netizen, penulis berkenaan memplagiat bahan-bahan di Internet lalu menjadikannya sebuah buku. Antara rujukan tersebut seperti WikiHow, IHeartInteligence.com, Osau.com, Medium.com
Lebih teruk kerana ayat yang diterjemah tunggang langgang.
Foto : Twitter
Tidak hanya itu, penulis berkenaan didakwa berbangga boleh menyiapkan sebuah buku hanya dalam masa lima hari sahaja. Malah, buku berkenaan biografi juga disiapkan dalam tempoh singkat.
"Memang betul-betul sejenis yang kejar kuantiti. Allahyarham meninggal 1 Mei, dia dah siap buku 3 Mei."
Foto : FB
Oleh sebab itu, netizen berasa sangsi dengan pencapaian penulis, lalu menggesa pihak berwajib bertegas dalam isu sebegini. Jika tidak, isu plagiat akan berterusan seterusnya mencemarkan industri buku.
Wah! Isu plagiat lagi? Mengapa baru sekarang terbongkar? Sudah berapa lama pembaca kita dibodohkan dengan isu sebegini? - CARI
|