CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3039|Reply: 15

Lelaki Potong Gelang Pink, Lari Dari Hospital Dah Ditemui!

[Copy link]
Post time 16-11-2020 01:45 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN: Seorang lelaki yang memotong gelang merah jambu, dipakai individu di bawah pengawasan (PUS) COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam, berjaya ditemui semula malam tadi.


Lelaki berusia 23 tahun itu ditemui di kawasan kaki lima deretan kedai di Bayan Lepas, kira-kira jam 9 malam tadi oleh orang awam sebelum sepasukan petugas kesihatan lengkap memakai pakaian perlindungan peribadi (PPE) tiba di lokasi.


Dia kemudian dibawa semula ke hospital dengan ambulans. Difahamkan, lelaki berkenaan berjalan kira-kira 25 kilometer dari HPP ke Bayan Lepas.


Foto: Berita Harian




Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Dr Asmayani Khalib, ketika dihubungi, mengesahkan lelaki itu sudah dijumpai dan dibawa semula ke hospital, namun enggan mengulas lanjut.


Lelaki berasal dari Kepala Batas itu dikesan tiada di katilnya pada jam 3.20 petang semalam, dipercayai melarikan diri dengan memakai baju dan seluar berwarna putih, manakala gelang pengawasan berwarna merah jambu ditinggalkan di atas katil.


Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini memaklumkan gelang tangan atau tag kuarantin COVID-19 tidak hanya berwarna merah jambu, sebaliknya terdiri daripada lima warna berbeza dan mempunyai fungsi sama untuk individu di bawah pengawasan.


Empat warna lain adalah putih, biru, merah atau kuning yang mengandungi maklumat tempat dan tarikh saringan dilakukan. Perbezaan warna gelang tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).


PUS termasuk kontak rapat kes positif, pengembara yang pulang dari luar negara atau individu yang berada di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Individu yang dipakaikan gelang terbabit tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat, kecuali bagi ketua keluarga. Gelang kuarantin juga hanya boleh dipotong oleh PKD yang terbabit setelah tempoh kuarantin tamat. -CARI

Sumber: Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Cam sial je
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa hidup jgnlah menyusahkan orang
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Oo bukan banduan ek
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 02:00 PM | Show all posts
x paham kenapa nak lari melainkan mentally OKU... kalau normal xtau lah apa dlm kepala otak dia nak lari2 bagai, bukan ko kena bedah pun kalau kena covid... takat kena kurung lam spital jah dgan tilam empuk paling koman pun kena cucuk jah
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauh gak larinya tu. Naper la nk lari, kan ke nk bg baik. Sbr la sikit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2020 02:54 PM | Show all posts
rasa mcm bermasalah tu .. deret kedai tu pun berdekatan sgt dgn balai polis
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 02:57 PM | Show all posts
tadi tengok berita tv1 lain pula ceritanya..

cakap lelaki ni naik bas ke bayan lepas...lari dari hospital sebab rindu kat abang dia..

sampai ke bayan lepas tu, dia call n tunggu abang dia datang ambil..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2020 03:01 PM | Show all posts
Kan dah menyusahkan ramai pihak. Sia2 je kalau kena saman nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 03:37 PM | Show all posts
lari pasal apa.. alahai.. duk spital jek.. bkn duk dlm lokap..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 04:20 PM | Show all posts
n3ar replied at 16-11-2020 02:57 PM
tadi tengok berita tv1 lain pula ceritanya..

cakap lelaki ni naik bas ke bayan lepas...lari dari  ...

so now org2 dlm bas tu kena gi check ke cemana..?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 04:24 PM | Show all posts
ada mental heath issue ke? yg sampai lari dari hospital ni? Malaysian ke bukan Malaysian.

isk apa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 05:42 PM | Show all posts
n3ar replied at 16-11-2020 02:57 PM
tadi tengok berita tv1 lain pula ceritanya..

cakap lelaki ni naik bas ke bayan lepas...lari dari  ...

Entah2 abang dia yg call hospital/polis dan beritahu lokasi adik dia.

Pastilah abg dia pun taknak berjangkit penyakit covid ni.

Hmmm.... abg betul or abg jadian? Husnuzun - hubungan adik-beradik yg erat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
bukannye doktor nak belah perut ke apa, napela lari..takut kene jolok hidung ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 07:33 AM | Show all posts
tak faham diorang yang pakai gelang pink and kena kuarantin
kenapa nak larikan diri?
duduk kuarantin dan dirawat untuk memastikan tak jadi kritikal dan mati
kalau lari sah-sah boleh mati kalau tak dirawat

kalau dah lari dan bersentuh dengan apa sahaja
boleh menyebabkan orang tu terkena juga

tak faham lah ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dok je la kat spital tu.. nape nak lari?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.161101 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list