Garis panduan baru mengenai lesen minuman keras di Kuala Lumpur akan memberi kesan negatif kepada ekonomi yang sudah sedia terjejas akibat wabak Covid-19, kata mereka yang terlibat dalam industri itu.
Garis panduan dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Isnin menyatakan bahawa kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina tidak lagi dibenarkan menjual minuman keras mulai 1 Okt tahun depan.
Bagaimanapun, larangan itu tidak melibatkan kedai arak, kedai runcit, pub, bar, pasar raya, pasar raya besar dan kedai borong.
Gambar hiasan
Setiausaha Persatuan Peniaga Minuman Keras Cina Selangor dan Kuala Lumpur, Albert Chooi Leong Peow berkata, langkah itu tidak hanya merugikan perniagaan, malah juga mengurangkan pendapatan cukai kerajaan.
"Jika mereka tidak mengeluarkan lesen, bagaimana kami mahu mencari nafkah? Dan itu juga bermaksud kerajaan tidak akan mendapat cukai,” katanya kepada Malaysiakini.
Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga-Peniaga Barang-barang Runcit Malaysia, Hong Chee Meng juga menyuarakan pendapat yang sama.
"Kita menghadapi masa yang paling buruk dalam ekonomi. Setiap perniagaan, termasuk yang menjual minuman keras, bergelut untuk meningkatkan ekonomi.
"Dasar yang sedang dilaksanakan di Kuala Lumpur mungkin tidak akan mempengaruhi negara (sekarang), tapi bagaimana jika pihak berkuasa memperluasnya ke seluruh negara suatu hari nanti? Hasil cukai akan dikurangkan dan itu pasti kerugian bagi Malaysia," Kata Hong.
Selain cukai jualan, minuman keras juga dikenakan duti eksais.
Chooi, yang juga setiausaha agung Persatuan Penjual Minuman Keras, berkata selain kehilangan hasil cukai ia juga boleh menyumbang kepada peningkatan kegiatan penyeludupan.
Katanya, dasar yang diumumkan oleh DBKL itu juga bersifat regresif.
"Alkohol dijual di hampir setiap ibu kota di dunia. Mengapa kita mengambil langkah mundur?" soalnya.
Chooi berkata, persatuan itu akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi dan membincangkan garis panduan baru berkenaan dengan wakil rakyat sebelum menemui DBKL bagi membangkitkan rungutan mereka.
Post time 18-11-2020 02:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Firenzza replied at 18-11-2020 02:33 PM
Rokok yg mufti dh fatwakan haram nape x nak stop jual sekali?
sb..belum ada lg kes....merokok..mabuk(sb rokok)...memandu...langgar mati orang.takat ni undang2 larang merokok kat awam,tmpt mkn,mall dll.....msh memadai.....rokok tu haram..ko nk isap gak...dosa tggng sendiri.
Larangan jualan di kedai serbaneka je pun. Macam lah takde jual barang lain selain arak ni. Cuma kalau nak beli arak beli tempat khusus yang dah di senaraikan.
P/S: masa tu belum ada perintah bungkos kepala lagi tau, bila Revolusi Iran berjaya bawak imej moslemah bertudung baharu Malaysia tetiba rasa perempuan mesti bertudung, sebelum era 1980-an tak payah pakai tudung, cuba tengok felem P. Ramlee yang scene perempuan pergi mengaji tu, bungkus kepala hala-hala selendang tu jah.
Post time 19-11-2020 11:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
lmao x jual kat kedai runcit tak bermakna demand makin kurang. kedai runcit ni jbanyaknya jual todi tak berjenis. lebih kurang todi timbang kilo. kes yg mampus minum todi ni kedai runcit. belum masuk panadol fake, sabun basuh fake pun ada. kaum siti kasim takkan beli todi kedai runcit pun, meroyan je lebih