Benarlah bahawa Hidayah itu milik Allah dan boleh hadir dalam pelbagai bentuk. Setiap orang mampu berubah untuk jadi lebih baik walau seteruk mana kita mereka yang lalu.
Seperti kisah pasangan suami isterinya yang tular apabila kisah perkenalan mereka menjadi perhatian dan inspirasi buat kita semua serta ramai anak muda di luar sana.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh Zuliani Asylia, dia berkongikan kisah silam suaminya dan detik perkenalan mereka sebelum diijabkabulkan.
Zuliani berkata mereka berdua berjumpa buat kali pertama sebuah di kelab malam, namun dalam video yang dikongsikan kelihatan suaminya mengenakan T-shirt berwarna merah dan kain pelikat sambil sedang menunaikan solat.
Perkongsiannya itu sekaligus menepis pandangan orang ramai bahawa lelaki kelab juga boleh berubah untuk menjadi suami yang baik. Kata Zuliani suaminya kini sudah berubah dan menjadi imam dalam hidupnya.
Malah, Zuliani percaya bahawa setiap manusia berhak diberi peluang untuk berubah dan memperbaiki kesilapan dirinya terdahulu.
Perkongsian Zuliani itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi pasangan itu serta mendoakan suaminya kekal istiqamah untuk memperbaiki diri.
Post time 18-11-2020 05:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Hmm.. Selagi nyawa dikandung badan.. Pls la xperlu tunjuk amal ibadat..sbb xtahu lg akhir cmne.. Unless dh meninggal then bgtau ok la. Ni hidup lg. Esok lusa kantoi xke malu.. Hasanah story ni kaka skeptikal sket.maaf.Huhu..
lulzz...
cukuplah kite dah ada contoh mizz nina dan noh hujan..
kami tak perlukan org lain...
zaman skrg semua benda nak share kan...
*bukan dengki, cumanya rasa mcm "perlu ke"
sibuk nak bukak aib sendiri.. dia sendiri yg judge, dia sendiri yg puji..
Post time 18-11-2020 05:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Eloklah clubbers dah insof. Sampai bila nk cucuk langit kann. Mmg tak semua clubbers kaki minum mabuk dadah. Tapi tempat laghah mcm tu sebaiknya tak pyh jejak kaki lagi bagus.
Post time 18-11-2020 05:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Yang terjebak substance abuse pun ramai je kaki mesjid di zaman moden ni. Solat tak tinggal
Tinggal lagi kau mau ke tidak lelaki takda harta. Pasal duit semedang takde
Post time 18-11-2020 06:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
eh...pompuan mata kelabu... baca ni...
ko nk menggalakkan pompuan2 ni supaya tak memilih ke?
sape je nak laki kaki clubbing... ko nak ko amk la... dah klu betul dia berubah gi la sujud syukur kat sana.. dah kenapa nak heboh2... ko mane tau dia kekal istiqomah ke x...
Post time 18-11-2020 06:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Hidup ni satu perjalanan sis.. akan ada fasa2 dalam kehidupan.. jd x perlu post benda mcm ni kat sosial media ibarat you already won in life sbb laki jd imam kat rumah.. perjalanan perkahwinan cuols masih jauh.. just keep it to yourself. Dan x perlu nak romantize kan ttg jodoh di club.. afterall club mlm tu mmg tempat syaitan bersarang..