"Biar suami saya belajar perlahan-lahan, tu cara saya didik dia. Islam tak memaksa kalau sakitkan."
Aktres Lana Nordin, 40, memberi jawapan penuh hemah kepada pertanyaan netizen di laman Instagramnya setelah dia berkongsi mengenai suaminya, Mohd Daud McKienzie belajar solat.
Ia rentetan teguran netizen yang meminta Daud melentikkan jari kaki ke dalam dan bukannya ke luar ketika bersujud.
Foto : IG
Foto : IG
Foto : IG
Bagi Lana, dia memahami kesukaran suaminya untuk menyempurnakan ibadah tersebut kerana faktor fizikal, jadi biarlah Daud belajar secara perlahan-lahan mengikut keselesaannya.
Jawapannya itu turut dipersetujui netizen lain supaya tidak menghakimi proses belajar tersebut.
Foto : IG
Dalam masa sama, Lana turut bersyukur dengan keinginan Daud untuk belajar mengenai Islam bersama-sama anaknya. Hal ini lah yang perlu diberi pujian.
Jadi, proses pembelajaran itu kan panjang. Kita doakan yang baik-baik sahaja. - CARI
|