Selain itu, warna kulit Arpita Khan disebut-sebut lebih gelap daripada keluarganya. Meskipun kerap mendapat ejekan, Arpita cukup bersabar dan kuat melaluinya.
Arpita terus membuktikan prestasi dalam karier dengan bekerja sebagai pekerja swasta di salah satu syarikat reka bentuk dalaman ternama di Mumbai.
Selain itu, Arpita bertuah kerana menemui cinta sejati iaitu seorang lelaki yang dengan tulus dapat mencintainya.
Lelaki tersebut ialah Aayush Sharma, artis Bollywood yang tampan.
Ramai menganggap Aayush mendekati Arpita Khan untuk memastikan karier dalam dunia Bollywood lebih lancar. Tetapi, tanggapan itu salah kerana Aayush juga merupakan usahawan muda berjaya.
Aayush merupakan anak seorang hartawan kaya raya di Delhi dan dia sememangnya datang dari keturunan keluarga kaya. Manakala, datuk Aayush pula seorang bekas Menteri di India.
Walaupun Aayush mengetahui bahawa dia hanya anak angkat keluarga Salman Khan, namun cintanya kepada Arpita tetap kuat.
Mereka bernikah dan kini telah dkurniakan dua cahaya mata.
Sumber:
Murai / Instagram