"You asyik fokus bisnes ja. I nak ajak you keluar pun susah sekarang."
Merajuk sungguh penyanyi, Ernie Zakrie apabila tunangannya, Syamel sangat sibuk dengan kerjayanya hingga tiada masa untuk persiapan perkahwinan mereka.
Ernie yang merajuk kemudiannya terkejut dengan suara tinggi Syamel dipujuk berulang kali. Rupa-rupanya Syamel dikenakan oleh tunangnya dalam sebuah rancangan hiburan.
Foto G
Dalam jenaka yang berdurasi seminit itu, Syamel kelihatan percaya dan bersungguh-sungguh mahu memujuk tunangannya yang sedang merajuk kerana kesilapannya.
"Ok, we talked about this already. I tau I silap, everything will be okey."
Foto : IG
Sehinggalah Ernie kemudiannya berpura-pura menangis lalu meminta Syamel menghubungi menerusi panggilan video untuk menenteramkannya.
"Baby, dont be sad lah sayang."
Foto : IG
Baru lah penyanyi yang popular dengan lagu Curang ini tahu yang dia telah dikenakan oleh hos, Aliff Farhan dan berasa malu dengan perbualan tersebut.
Nampaknya, pasangan selebriti di alam pertunangan ini sangat romantik ya. Siapa kata mereka tidak sepadan? - CARI
|