|
Drama Lelaki Lingkungan Cinta yang ditayangkan di slot Lestary TV3 setiap Rabu hingga Jumaat dikatakan kurang mendapat sambutan.
Perkara itu menjadikan, drama lakonan penyanyi popular, Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani dan ramai lagi tidak 'trending' di laman Twitter.
Dalam masa sama, timbul pula dakwaan mengatakan penerbitnya, Fadzil Teh kecewa apabila drama yang membariskan ramai pelakon muda itu tidak hangat diperkatakan.
Kredit foto: IG
Bagaimanapun, Fadzil ketika dihubungi menafikan perkara itu sebaliknya bangga dengan hasil lakonan semua yang terbabit.
"Mana ada saya kecewa. Diakui drama ini kurang mendapat sambutan, tapi saya okay dan tetap bersyukur. Bagi saya, drama ini berjaya memperkenalkan bakat baru yang selama ini kurang pendedahan untuk melakonkan watak utama.
"Jadi, saya bangga kerana memberi mereka peluang itu. Sebagai contoh Shasha Abedul dan Ismail Izzani. Kedua mereka pelakon yang berbakat dan boleh pergi lebih jauh jika terus diberikan watak sesuai. Dalam masa sama, drama ini turut memperkenalkan beberapa muka baharu seperti Cik B, Shalma Eliana, Aniq Hero Remaja dan beberapa. Mereka ini juga bagus," katanya.
Dalam masa sama, Fadzil berharap peminat dapat memberi sokongan kepada drama itu yang bakal berakir pada Rabu depan.
"Tinggal lagi satu episod. Kepada semua yang sudah mengikuti drama ini dari awal terima kasih saya ucapkan dan teruskan menonton sampai habis," katanya. -CARI
Sumber:Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|