CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9407|Reply: 75

[Tempatan] Arak pencetus masalah sosial, setuju atau tidak

[Copy link]
Post time 23-11-2020 08:24 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Sejak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memutuskan untuk tidak membenarkan kedai runcit dan kedai serbaneka menjual arak mulai Oktober 2021, pelbagai pihak menyuarakan sokongan agar ia diperluaskan ke seluruh negara.

Majoriti menyatakan keinginan agar larangan tersebut dilaksanakan di setiap negeri demi mengekang budaya negatif dan impak buruk kepada masyarakat.

Ketua Pembangkang DUN Selangor, Rizam Ismail berkata, cadangan itu amat baik untuk dilaksanakan memandangkan negeri tersebut pernah mempunyai beberapa kes akibat daripada pengambilan minuman keras.

“Selangor mempunyai kes melibatkan pemandu mabuk, jadi itu salah satu cara bagi mengekang kejadian sebegini. Larangan seperti itu wajar dilaksanakan bagi mengawal penjualan arak,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Katanya, dalam soal itu tidak timbul isu politik atau melibatkan kepentingan mana-mana pihak.

“Ia melibatkan kemaslahatan semua pihak dan kesan daripada pengambilan arak amatlah buruk bukan sahaja kepada individu malahan kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Di KEDAH, Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Datuk Najmi Ahmad berkata, pendekatan tidak membenarkan jualan arak di dua jenis premis berkenaan wajar disokong.

Katanya, keputusan DBKL itu disifatkan usaha baik kerana bertepatan dengan aspek agama dan sosial serta harus dicontohi.

“Kita kena lihat dari dua sudut, yang pertamanya agama mana arak sememangnya diharamkan disebabkan ia mampu merosakkan akhlak seseorang individu tersebut.

“Kedua, sudut sosial kerana arak dilihat mampu menjejaskan keharmonian, ketenteraman dan sebagainya.

“Contohnya kita dapati ada yang memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan kemalangan,” katanya.

Dalam pada itu, Najmi berkata, pihaknya turut berharap majikan lebih bertimbang rasa terhadap pekerja kedai runcit dan kedai serbaneka mereka yang terpaksa menjual arak.

Di KELANTAN, Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, perkara tersebut seharusnya disambut baik seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Apa pun yang terbaik untuk rakyat, kita mesti sokong. Lagipun pengawalan penjualan arak ini bukan perkara baharu bagi Kelantan.

“Kita mesti yakin, setiap perubahan itu akan beri satu hikmah terutamanya untuk menjaga kemakmuran masyarakat pelbagai kaum,” katanya.
Wan Salim
Wan Salim

Di PULAU PINANG, Muftinya, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, langkah itu juga sepatutnya diikuti oleh semua negeri demi memelihara kesejahteraan rakyat tanpa mengira latar belakang agama, keturunan dan fahaman politik.

Akuinya, walaupun agama lain tidak melarang penganutnya daripada meminum arak, namun mereka dinasihatkan supaya tidak meminumnya secara berlebihan sehingga memudaratkan.

“Agama Islam amat jelas dan tegas melarang umatnya daripada meminum arak melalui ayat al-Quran (ayat 90 dan 91 surah al-Baqarah).

“Oleh itu, penjualan arak wajar dilarang memandangkan pelbagai kesan negatif daripada pengambilannya terhadap individu, masyarakat dan negara.

“Banyak bukti yang menunjukkan bahaya arak ke atas mereka yang mengambilnya, sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang,” katanya.

Di PERAK, Timbalan Muftinya, Datuk Zamri Hashim berkata, langkah mengawal penjualan arak yang diumumkan itu seharusnya perlu disokong seiring langkah kerajaan menaikkan hukuman kepada pemandu-pemandu mabuk.

Katanya, keputusan mengawal penjualan minuman keras itu juga dapat membantu kerajaan membentuk rakyat Malaysia yang sihat.

“Kesan negatif arak kepada kesihatan individu, keluarga, masyarakat dan negara jauh lebih besar daripada sumbangan cukai arak kepada pendapatan negara,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan keputusan DBKL untuk tidak membenarkan kedai runcit menjual arak mulai Oktober 2021.

Jelas Annuar, DBKL turut memperkenalkan garis panduan baharu mengenai lesen minuman keras antaranya menetapkan bahawa kedai runcit dan kedai serbaneka tidak lagi dibenarkan menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober 2021.

Kelmarin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary membayangkan lebih banyak negeri yang akan mengikut jejak langkah Wilayah Persekutuan untuk tidak membenarkan penjualan arak di kedai runcit mulai tahun 2021.

Ahmad Marzuk menyifatkan tindakan yang dilakukan Wilayah Persekutuan itu bertepatan dengan tuntutan agama dan masyarakat itu sendiri.
Gambar hiasan
Gambar hiasan

ANTARA NEGARA YANG MELARANG PENJUALAN DAN MENGHIDANG ARAK

Perancis

Pengharaman hidangan dan penghantaran minuman keras daripada jam 10 malam hingga 6 pagi.

Rakyat dilarang minum minuman keras di tempat awam.

Rusia

Iklan minuman keras di media cetak, televisyen dan internet diharamkan.

Sepanyol

Kelab malam dan acara awam yang menghidangkan minuman keras diharamkan.

Afghanistan

Rakyat beragama Islam diharamkan untuk meminum, menjual atau menghidangkan minuman keras.

Bangladesh

Rakyat beragama Islam diharamkan untuk meminum, menjual atau menghidangkan minuman keras, kecuali untuk tujuan perubatan.

India

Beberapa negeri iaitu Gujarat, Manipur, Mizoram, Nagaland dan Lakshadweep mengharamkan berkaitan arak.

Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Hanya Sharjah yang mengalami sekatan penjualan minuman keras.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... etus-masalah-sosial
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Single Polls, Total 71 Users voted
95.77% (68)
4.23% (3)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Awal pulak masuk vote

Betul.. Kepentingan rakyat melebihi kepentingan individu.. Baik ada undang2 mcm ni.. Ni boleh beli bila2 masa dan mudah nak beli hatta kat kedai runcit.

Hujung minggu org lain nak rehat.. Si pemabuk2 haramjadah tak guna dok menyalak2 bising ganggu org lain nak berehat.. Mabuk dan langgar tu dah biasa..

Dah mabuk balik pukul bini dan anjing.. Geram aku mengingati perbuatan hamjadah pemabuk2 tak guna ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 08:59 AM | Show all posts
Apa apa sahaja jika di ambil  secara berlebihan tampa menggunakan akal akan mendatangkan masalah termasuk agama.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:04 AM | Show all posts
Bideo mana? Bideo sebagai tauladannnn manaaa???
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:05 AM | Show all posts
sarah82 replied at 22-11-2020 12:39 PM
Awal pulak masuk vote

Betul.. Kepentingan rakyat melebihi kepentingan ind ...

Mana bideo majoriti golongan pemabuk itu, dik sarahhh manaaa???
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 23-11-2020 10:05 AM
Mana bideo majoriti golongan pemabuk itu, dik sarahhh manaaa???

Video yg depa bising2 lepas mabuk.. Byk kat utube.. Nak tempek ka? Karang urban berkerak meroyan dalam ni sambil perli2 dan PA.. Lepas tu play victim.. Biasa la telur tak ada sekor2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2020 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 23-11-2020 10:05 AM
Mana bideo majoriti golongan pemabuk itu, dik sarahhh manaaa???

Video yg depa bising2 lepas mabuk.. Byk kat utube.. Nak tempek ka? Karang urban berkerak meroyan dalam ni sambil perli2 dan PA.. Lepas tu play victim.. Biasa la telur tak ada sekor2..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:16 AM | Show all posts
sarah82 replied at 22-11-2020 02:08 PM
Video yg depa bising2 lepas mabuk.. Byk kat utube.. Nak tempek ka? Karang urban berkerak meroyan d ...

Kita kena tunjukkan teladan buruk jugak, barulah masarakat dapat gambaran sebenar. Jangan contohi tebiat haram jadah sebegitu, dik sarah heii. KIta harus jujur dan mencontohi sikap poyo set urban berkerak yang self-hate tersebut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 23-11-2020 10:16 AM
Kita kena tunjukkan teladan buruk jugak, barulah masarakat dapat gambaran sebenar. Jangan contohi  ...

Hahaha.. Poyo dalam memilih bab kutuk.. Bila Melayu /bumiputera dan islam terus mengutuk.. Bila kena bangsa mulia sembahan depa..

Pusing mcm2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:36 AM | Show all posts
Sangat setuju

gejala SOSIAL dan juga JENAYAH
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:37 AM | Show all posts
sarah82 replied at 23-11-2020 10:08 AM
Video yg depa bising2 lepas mabuk.. Byk kat utube.. Nak tempek ka? Karang urban berkerak meroyan d ...

Pilih je sarah

satu mewakili ummah tamadun dinasti yang konon perfect

satu lagi yang wakil LTTE
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 23-11-2020 08:39 AM
Awal pulak masuk vote

Betul.. Kepentingan rakyat melebihi kepentingan ind ...

ada pemimpin kata arak je haram.
beer tak haram.
pemimpin gitu bleh ikut ka??
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni antara pemabuk2 yg tak salah tu.. Cc @Bedah.Cun






Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 23-11-2020 10:37 AM
Pilih je sarah

satu mewakili ummah tamadun dinasti yang konon perfect

Dah.. Jap.. Aku nak cari lagi.. Memandangkan aku dah tak terikat.. Maka yezaa.. Welcome back aku yg suka maki.. Heheheh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by axl_bach at 23-11-2020 10:45 AM

Apa kata kerajaan tunjuk data kerugian yg ditanggung akibat arak ni, kos kemalangan, kecederaan, kehilangan jiwa biar semua nmpk kesan buruk arak kpd ekonomi dan sosial....

Then pihak peniaga pun buat yg sama, buktikan yg dgn larangan ni mmg menjejaskan bisnes dorg bkn takat claim tp xder bukti.....

Then kerajaan buat timbangtara berbaloikah terus benarkan kilang2 arak beroperasi dgn segala kerugian harta dan jiwa yg ditanggung akibat industri ini.....

Hanya dgn fakta dan data memudahkan kita mematahkan hujah pihak yg membangkang

Untung2 semua kilang arak dpt ditutup terus
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni antara yg pemabuk yg tak bersalah dan tak menyusahkan rakyat malaysia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Arak tak salah kaedahnya.. Tapi yg jadi punca mabuk tu arak ka ayaq kosong

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:48 AM | Show all posts
Permasalahannya sekarang, raykat tengah menentang pengharaman arak


Termasuklah dikalangan suri rumah raykat


Kerana mereka tak kisah dipukul oleh suami pemabuk, asalkan suami mereka yg mulia itew dpt stock arak ygn mencukupi


Arak no 1, keganasan rumah tangga no 2  


Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak susahkan rakyat tau... Ni semua lakonan utk burukkan arak



Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah bawa anak2 jalan ke KL, tiba2 tepi highway tu berdiri seorang lelaki tanpa seurat benang. Aduiiii kecoh gegak gempita satu kereta dengan anak terpinga-pinga. Esok tu keluar paper lelaki mabuk tepi jalan tanpa pakaian. Polis ingatkan orang tak siuman. Rupanya orang mabuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.121432 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list