View: 5738|Reply: 22
|
Wanita Ditinggal Kekasih Dan Bakal Disaman Kerana Buang Figura Anime
[Copy link]
|
|
Jika ramai wanita cenderung memiliki ‘oppa’ kegemaran mereka dari drama Korea yang ditonton, lelaki juga memiliki ‘waifu’ masing-masing iaitu watak perempuan kegemaran dari anime.
Bagi lelaki ini, waifunya adalah Nezuko dari siri anime Demon Slayer, sehinggakan dia sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mengumpulkan patung figura watak anime tersebut.
Gambar hiasan
Kredit foto: Crunchyroll Store
Gambar hiasan
Kredit foto: Amazon
Walau bagaimanapun, teman wanitanya yang tinggal bersamanya langsung tidak gembira dengan minatnya itu dan bertindak membuang koleksi patung figura Nezuko miliknya bernilai RM14,000.
Menurutnya dalam sebuah posting di Facebook, teman wanitanya itu mengambil kesempatan melakukan perkara itu ketika dia pulang ke kampung selama beberapa hari.
Apabila lelaki tersebut berdepan dengan teman wanitanya untuk bertanyakan tentang hal itu, wanita tersebut berkata bahawa patung-patung anime itu memakan banyak ruang jadi dia masukkan semua ke dalam beg sampah dan membuangnya.
Lelaki berkenaan turut cuba menghubungi syarikat pengumpulan sampah untuk melihat adakah dia boleh mendapatkan semula patung-patung tersebut, namun dia diberitahu bahawa sampah yang dikumpulkan sudah dibakar.
Lelaki itu turut mengadu bahawa teman wanita sering sahaja tergila-gilakan lelaki-lelaki Korea dalam drama yang ditontonnya, tetapi tidak boleh menghormati minat orang lain.
Selepas memutuskan hubungan dengan teman wanitanya itu, lelaki berkenaan bercadang untuk saman wanita tersebut untuk dapatkan pampasan atas kerugiannya.
Sumber: Himpunan Cerita Lawak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
OK memang layak kena saman! {:good |
|
|
|
|
|
|
|
baru jadi gf tu. belum jadi isteri lagi.
tak hormat langsung privacy, hobi pasangan.
jenis control orang la ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai seorg y meminati anime dan mamga,padan muka pmpuan tu. Sila lah saman pmpuan tak guna tuh! Sesuka hati buang..kalau collector's edition gile mahal wehhhh..ni spesis betina selfish..otak sempit sepertimana geng2 pemuja kpoop y lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Saman jahh. Sesuka hati je tak hormat minat org langsung. Ehh sayang kott.. kalau iols pun out you go! |
|
|
|
|
|
|
|
Wah mahalnya sampai berbelah ribu ringgit nilai dia. Sebaiknya jangan pilih lelaki dengan hobi pelik macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka that girl..
bf kau tu kenal that figura dulu sebelum tersuka kat kau..
|
|
|
|
|
|
|
|
Cemburu dengan patung ler tu sampai sanggup bertindak macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Moge menang lah kalau nk menyaman tu... orang sane tu selalu yang buat sesuatu yang tak di jangke yang kte as manusia normal ni tak terfikir nak buat macam tu, common sense: 0 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Zirara99 at 24-11-2020 01:02 AM
Boyfriend aku jenis kuat anime & manga. Tapi tkde la beli benda-benda ni. Tapi aku halang sebab banyak sangat watak te**** tersembul. Tahu la dia baca untuk plot, tapi kalau dh hari-hari hadap kartun te**** tersembul, nak jadi apa? So aku membebel kt dia.
Dalam kes ni, perempuan ni patut tanya dulu. Buat sesuka hati je memang la patut kena saman. Tapi aku rasa mesti dh ada isu dh dorang berdua ni sebab tu minah ni meroyan tahap gabanx |
|
|
|
|
|
|
|
Saman je sampai terduduk. Sebab tu la seeloknya otaku cari je pasangan otaku. Aku dulu bf semua x tahan sebab aku banyak sangat layan anime sampai x jawab telefon. Nasib la dapat husband kaki anime & game. kadang2 bergaduh jugak sebab laki aku kalau tengah main game dapur terbakar pon dia biar je. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai peminat anime dan kaki games semasa bujang, bagus tindakan laki tu sebab kos beli patung figura tu bukan sikit. Nilai sentimental tu lagilah. Elok saman cover balik kerugian.
Dah kahwin ni, sibuk ngan anak2 lupa dah anime ke games..gudbai babai.
|
|
|
|
|
|
|
|
husna_amal replied at 23-11-2020 03:44 PM
Wah mahalnya sampai berbelah ribu ringgit nilai dia. Sebaiknya jangan pilih lelaki dengan hobi pelik ...
Kat Malaysia, figura gini, jika original, mampo cecah sekitar 180-400 sebijik. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti laki byg waifu dia je masa dgn gf dia sampai tersalah sebut nama |
|
|
|
|
|
|
|
Saman je bekas ex mcm tu. Knpe nk kacau minat org lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknya..kalau ko jaki sgt,putus je laa
Yg g buang benda mahal2 mcmtu dh kenapa??cuba bf dia g buang makeup ke handbag dia ke?xmeroyan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|