View: 3528|Reply: 26
|
Harga Bawang Besar India Melambung Lima Kali Ganda
[Copy link]
|
|
Harga bawang besar India di sekitar Johor Bahru meningkat hampir lima kali ganda berikutan kekurangan stok sejak dua minggu lalu.
Satu guni lima kilogram bawang besar India pula kini dijual dengan harga RM26.90 berbanding antara RM13 hingga RM16 sebelum ini.
Harga bawang besar India dijual pada harga RM3 hingga RM4 sekilogram, namun ia meningkat kepada RM8 sekilogram, sejak tiga minggu lalu.
Gambar hiasan
Tinjauan di pasar awam dan kedai runcit di kawasan Kampung Melayu Majidee mendapati banyak premis di pasar, selain kedai tidak lagi mempunyai stok bawang besar India untuk dijual.
Di beberapa kedai runcit juga didapati stok bawang besar India hanya tinggal sedikit dengan harganya amat mahal berbanding biasa.
Peniaga kedai runcit, Muhd Ridzuan Ismail, 28, berkata harga bawang besar India meningkat mendadak sejak tiga minggu lalu.
"Sebelum ini harga bawang besar India RM3 hingga RM4 sekilogram, sekarang meningkat kepada RM8 sekilogram, sejak tiga minggu lalu.
"Kedai saya pun terputus bekalan bawang besar India, sejak seminggu lalu dan kini yang sampai pun sangat sikit berbanding dahulu penuh tong besi di kedai saya yang berisi stok bawang besar India.
"Jika dulu, ada beg guni dua kilogram (kg) dan 10 kg namun kini bekalan bawang besar India hanya ada beg guni lima kilogram sahaja dan ini pun hanya ada kurang lapan beg guni yang tinggal.
"Tiga empat bulan lalu, harga satu beg guni lima kg bawang besar India dijual di bawah RM10, namun kini melonjak kepada RM26.90.
"Ramai juga pengguna merungut, namun saya pun tidak boleh berbuat apa-apa kerana harganya memang melonjak naik daripada pembekal," katanya ketika ditemui di kedainya.
Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima laporan pengguna harga bawang India meningkat kerana bekalan bawang dari negara itu dilaporkan agak berkurangan.
Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid dilaporkan berkata, ia berikutan kebanyakan kawasan pengeluar bawang di India sedang menghadapi bencana banjir menyebabkan bekalan bawang daripada India terjejas.
Sumber: BH Online |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Skrg bawang mahal tapi kualiti tak elok pun..mcm bawang lama. Terpaksa pilih jgk dh itu je yg ada |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu ada sesetengah peniaga yang dah tumbuh daun bawang pun tetap dijual
|
|
|
|
|
|
|
|
orderlah dari Neitherland
cntik dan frest.
|
|
|
|
|
|
|
|
belum lg yg sakai datang pilih2
kopek2 kulit pastu xambik pun
cepat rosak la jadinye |
|
|
|
|
|
|
|
Order la dari Tonga.... fresh |
|
|
|
|
|
|
|
Kemarin pi stock up groceries. Beli bawang ros tu, rm 17.90 sekilo. Bawang pn x cantik mana, lembek2 je, jenuh pilih |
|
|
|
|
|
|
|
Moh lah kita tanam bawang sendiri. Riki2 ada jual benih kat shoppee. |
|
|
|
|
|
|
|
memang guna bawang holand je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn nanti makanan sume naik harga {:hero |
|
|
|
|
|
|
|
matchstick: Skrg bawang mahal tapi kualiti tak elok pun..mcm bawang lama. Terpaksa pilih jgk dh itu je yg ada
Most of kedai aku pergi memang bawang dah lebam lembik. Dari jaya grocer, aeon, tesco sampai la kedai acheh sama je. Last2 aku beli bwg holland je. |
|
|
|
|
|
|
|
kurangkan bawang dalam masakan
tambahkan membawang dalam kehidupan harian |
|
|
|
|
|
|
|
xpe... skrg ada alasan kukuh nk naik harga - penjara kan so sial
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah boleh buat sebagai salah satu hantaran dah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia x boleh tanam ke bawang ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Jual bawang blend dalam tin la... |
|
|
|
|
|
|
|
laaa..patut la mahal bebenor bawang besar sekarang.. sebelum ni seguni 2kg tu baru 3.90-5.90..last week husband beli 9.99..terkejut badak.. dah la kita jenis pakai bawang banyak |
|
|
|
|
|
|
|
Hrga bawang naik akanan pun naik nanti dah untung bila pkp mulalah meroyan |
|
|
|
|
|
|
|
Honestly aku tak tau apa beza bawang2 ni. Aku belasah pakai bawang holland je kalau masak. Sama macam bawang kecik, mana yg ada kat kedai aku main beli je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|