View: 1934|Reply: 6
|
Tempah PS5, Bila Sampai Dapat Makanan Kucing Dan Anjing
[Copy link]
|
|
Kisah berkaitan permainan konsol Playstation 5 masih belum reda apabila baru-baru ini berlaku masalah membabitkan penghantaran di United Kingdom (UK).
Isu tersebut timbul apabila ada pelanggan yang membuat pra tempahan PlayStation 5 (PS5) melalui Amazon UK telah menyatakan mereka masih tidak menerima konsol tersebut.
Foto: Twitter
Lebih menyedihkan, terdapat juga beberapa pelanggan yang mengadu mereka telah menerima produk lain dan bukannya PS5.
Selain alat elektronik seperti Air Fryer, ramai juga mendakwa mereka menerima mesin pembuat kopi, pengurut kaki serta makanan kucing.
Kisah berkenaan telah menjadi perdebatan ‘hangat’ dan isu panas hinggga ada yang menganggap mereka telah menjadi mangsa penipuan atau ‘scammer’.
Bimbang sekiranya isu tersebut diperbesarkan, pihak Amazon UK kemudian menyatakan pembeli perlu menunggu sehingga 48 jam jika kurier tersebut akan menghantar PS5 berkenaan.
Walaubagaimanapun jika isu tersebut masih berlarutan, syarikat itu turut menyediakan hadiah percuma sebagai pampasan.
Untuk rekod, di Malaysia PlayStation 5 edisi digital dijual pada harga RM1869 dan versi dengan pemacu optik Ultra HD Blu-ray pula pada harga RM2299.
Turut diumumkan ialah harga aksesori rasmi pengawal DualSense (RM349), fon kepala Pulse 3D (RM469), HD Camera (RM279), Media Remote (RM149) dan Dual Sense Charger (RM149).
Mereka yang membuat pra tempahan akan menerima konsol berkenaan pada 11 Disember. -CARI
Gambar: Twitter, Amanz
Sumber:Gempak |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kena scam. Barang panas ps5 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Scamer merata sekarang ni kena selidik dulu sebelum buat apa2 urusniaga atas talian |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya ada kurier yang rembat. Diorang tahu apa barang yang dihantar, tukar sampul pos dengan isi berbeza. Aku sendiri pernah kena beli hardisk 1TB tapi dapat sampul isi plastik. Ada kesan dah dibuka dan ditampal semula. Nak dapat balik memang makan masa. |
|
|
|
|
|
|
|
sedih..iols pun baru kena..beli exersice bike RM700 tapi bila sampai dapat facemask sekeping je..dari Shoppee, bila trace balik. ..seller tu dah x de,,macamna ye nak buat..dah call Shoppee tapi jawapan belum dapat apa2..sapa boleh bagi tau mcamana nak buat? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan shopee x kan bayar kepada seller selagi kita x approve terima barang tu? jangan la approve. report pada shopee dan minta refund
|
|
|
|
|
|
|
|
Beli brg mahal tp brgnya x dpt mmg mendtgkn kemarahan |
|
|
|
|
|
|
| |
|