View: 1891|Reply: 8
|
"Mesti Oyen Yang Buat," -Netizen Perasan Kesan Cakaran Di Muka Syed Sa
[Copy link]
|
|
Perkongsian foto terbaharu di media sosial Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengundang prihatin wargamaya.
Foto: IG
Mana tidaknya, biarpun hanya berkongsi foto selepas beriadah pada waktu pagi, kesan cakaran pada muka sebelah kanan beliau menjadi tumpuan ramai.
Dalam foto berkenaan, bahagian pipi beliau kelihatan bergores panjang hingga ke paras dagu, difahamkan telah dicakar oleh kucing peliharaan beliau sendiri.
Melewati ruangan komen di akaun Twitter beliau, rata-rata meninggalkan komen yang mencuit hati dengan nasib yang menimpa Syed Saddiq.
"Apahal pipi calar tu YB? Kena cakar dengan kucing ker? Mesti oyen dia yang buat," tulis seorang pengguna, @AronOsman.
"Berline muka dibuatnya. Hantar kucing tu pergi market!" tulis @pedoqpop berseloroh.
Tidak kurang juga yang turut menasihati beliau agar mendapatkan rawatan sewajarnya bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kulit muka.
Seperti ramai sedia maklum, Syed Saddiq antara ahli politik yang mencintai haiwan dan memiliki beberapa ekor kucing kesayangan antaranya yang bernama Toby. -CARI
Sumber: Gempak
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rasanya dicakar pontianak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kejap nampak wangi, kejap busuk |
|
|
|
|
|
|
|
Kucing pun cakar muka dia ni sebab naik menyampah dengan perangai poyo dia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
اللًٰهم صلى على محمد وعلى آل محمد وبارك وسلم |
|
|
|
|
|
|
|
Entah2 kena cakar masa BDSM |
|
|
|
|
|
|
|
macam makin berisi je dia ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|