View: 22327|Reply: 136
|
Dah Tak Tinggal Sebumbung, Puteri Sarah Akui Rindu Pada Suami
[Copy link]
|
|
Kisah rumah tangga pasangan selebriti terkenal, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah kembali menjadi perhatian selepas pengarah filem Munafik itu mendedahkan mereka tidak tinggal sebumbung sejak dua bulan lalu.
Menguatkan lagi spekulasi apabila terdapat dakwaan mengaitkan orang ketiga dalam hubungan mereka seperti yang dikongsikan Puteri Sarah di Instagram Story baru-baru ini.
Foto: IG
Menerusi laporan Metro Ahad lalu, Puteri Sarah, 35, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengakui wujud masalah dalam rumah tangga mereka dan mahukan perkara itu diajukan kepada Syamsul.
Enggan terus memanjangkan isu itu, Puteri Sarah sebaliknya mahu peminat dan semua pihak untuk terus mendoakan perkahwinan yang dibina sejak enam tahun lalu terus utuh dan berkekalan.
Apa yang pasti, Puteri Sarah yang mesra disapa Sarah mengakui rasa cinta dan sayang terhadap suaminya tidak pernah luntur. Malah, sepanjang dua bulan tidak bersama rasa rindu sentiasa ada.
"Dua bulan tidak sebumbung, memang ada rasa rindu. Saya masih sayangkan dia, tapi dalam situasi sekarang kami perlu perbaiki keadaan dan diri masing-masing dulu. Orang selalu cakap, lima tahun pertama perkahwinan memang akan ada masalah. Jadi, mungkin sekarang ini kami sedang melalui fasa itu dengan ujian yang datang.
"Dalam masa sama, sepanjang tempoh ini juga biarlah kami nak muhasabah diri masing-masing. Ramai cakap saya bodoh keluar rumah. Tapi, mereka tidak tahu saya dijemput mentua. Malah, saya keluar secara baik dan minta izin suami. Kenapa saya buat begini? Ini kerana kami perlukan ruang untuk menyelesaikan masalah yang saya anggap besar. Jika terus dibiarkan, ia pasti melarat," katanya yang kini tinggal bersama keluarga mentuanya.
Menurut Sarah, sepanjang dua bulan itu juga dianggap tempoh bertenang supaya dirinya lebih istiqamah dan sabar.
Justeru, apa yang dibuat Sarah adalah sibukkan diri dengan terbabit dalam penggambaran drama dan menguruskan beberapa rangkaian perniagaan kosmetik, Shara Skincare dan yang terbaru tudung Shara Basics.
"Setiap malam saya buat solat tahajud dan minta doa untuk perhubungan lebih baik serta memohon diberikan jawapan kepada semua pemasalahan. Malah, saya sibukkan diri dengan terbabit dengan penggambaran telefilem dan drama. Selain itu, saya mengembangkan lagi perniagaan.
"Masyarakat terutama warganet tidak tahu apa saya lalui, jadi mereka boleh cakap apa saja. Bagi saya, setiap orang melalui situasi berbeza. Jangan salahkan Syamsul saja, kerana antara kami masing-masing ada masalah. Sebaiknya doakan kami untuk lalui semua ini. Apa pun yang berlaku, saya tetap berada di belakang suami walaupun ada cubaan mengganggu. Ini kerana saya tahu cinta sesama kami masih utuh," katanya.
Dalam situasi sekarang, Sarah juga berasa bertuah kerana mendapat sokongan penuh daripada keluarga dan ibu bapa mentua yang juga penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam dan Datin Faridah Ismail.
"Mentua saya terlalu baik. Mereka sangat memahami dan sentiasa memberikan kata-kata semangat. Saya tidak tahu macam mana nak gambarkan lagi kebaikan mereka. Mereka sangat ambil berat dan sayangkan menantu serta cucu," katanya.
Berkongsi mengenai kerjaya lakonan, Sarah berkata, sejak kembali aktif berlakon beberapa bulan lalu, dia tidak putus menerima tawaran berlakon.
"Dari segi kerjaya lakonan, saya memang kembali aktif sepenuhnya. Alhamdulillah, selepas satu projek, saya dapat projek lain lagi. Saya baharu saja terbabit dalam drama Melastik Ke Hatimu untuk slot Lestary TV3.
"Insya-Allah, sekarang saya dalam perbincangan untuk menjadi duta kedai emas. Doakan semoga semuanya lancar. Bagi saya ini semua rezeki anak-anak," katanya.
Begitu juga dengan perniagaan, Sarah tidak menjangka produk kosmetik serta tudung yang baharu dilancarkan mendapat sambutan baik.
"erniagaan tudung baharu saja dilancarkan dan dijual dalam talian saja. Alhamdulillah, sambutan baik. Untuk produk penjagaan kulit, alhamdulillah ia semakin berkembang. Seperti dikatakan tadi, ini antara aktiviti saya untuk menyibukkan diri dan dalam masa sama untuk pelan jangka masa panjang.
"Lagipun, dari dahulu lagi saya jenis kuat bekerja. Sekurang-kurangnya apabila sibuk, tidaklah saya terlalu memikirkan masalah saja," katanya.
Selain itu, Sarah juga dalam perancangan untuk mengerjakan umrah dan tinggal di Makkah selama sebulan bersama ibu bapa dan anak-anak jika kemasukan jemaah dari Malaysia dibenarkan. -CARI
Sumber:Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau rindu, baliklah peluk laki tu. Kang dibiarkan lama2, nanti perasaan rindu tu boleh mati. Buat ape nak main tarik tali. Kalau masih sayang, salah sorang kenalah beralah. |
|
|
|
|
|
|
|
Go sarah go
Pasang badan bagi nampak wangi mcm zaman chuols membujang dulu
Chuols jgn tunjuk desperate dan murah mcm babi sondol anak kaza tuh
Biaq sol jadi jantan loser tak ambik balik anak bini dok pikiaq2nak pertimbangkan apoooo
Sah2 rumahtangga numeros uno. Ko gadai rumahtangga utk babi sondol mcmtu hanya sekadar menjahanamkan kehidupan ko jeh |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha
Hi sarahhhhh
baca cariforum ker tuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Absence makes the heart grow fonder gituhhh |
|
|
|
|
|
|
|
udah ler ngajok lame2..... sesungguhnya tempat isteri di sisi suami....
kang perempuan lain take over, menangis tak berlagu... |
|
|
|
|
|
|
|
Buatla ape yg kau rasa baik tuk family kau Sarah tp jgn terlalu lama la..x selesai masalah |
|
|
|
|
|
|
|
mrsbob87 replied at 26-11-2020 04:35 PM
udah ler ngajok lame2..... sesungguhnya tempat isteri di sisi suami....
kang perempuan lain take ...
Siap nak duduk sebulan kat Mekah apooo
Dr elok rindu lame2 tgk dh ada madu
By the way dia ni sentap juga eh
padahal sendiri yang sembang dekat media
sendiri jgk yang komen pasal suami
sendiri juga yang jadi defensif
Kalau kau settle senyap-senyap dengan suami kau tak adalah orang cakap kau bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
another bella alif aziz.....
|
|
|
|
|
|
|
|
comelnyaaaa baby gurl dia |
|
|
|
|
|
|
|
sorang rindu sorang masih sayang.. tapi ego dan dendam memisahkan mereka.. eceh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Normabaru at 26-11-2020 06:58 PM
mrsbob87 replied at 26-11-2020 04:45 PM
another bella alif aziz.....
Tapi laki dia bukan Alif Aziz dan lbh dr mampu ok hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Ni semua ego je.. Takpelah, mengalah salah sorg.. Bwak2 la balik rumah..berlaga lutut ke lutut.. Cuba redakan keadaan.. Makin bwak diri cmtu lg si sondol bersorak.. Btw ank pmpuan sheolls comel gilos.. Iolls suke tgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Normabaru at 26-11-2020 06:59 PM
mesmerize replied at 26-11-2020 04:49 PM
sorang rindu sorang masih sayang.. tapi ego dan dendam memisahkan mereka.. eceh
Sebab tu kakak kata dia bodoh
Tak sangka pula dia reply siap cakap dapat kebenaran
Pkpb keeewww. hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia yg girl tu mata hitam mcm bercahaya...
Dulu ada kes yg budak mata hitam bercahaya mcm ni rupa2nya penyakit.. |
|
|
|
|
|
|
|
acah2 jual mahal. sol sol sol tu poket tebal. bila2 je ada org lain boleh replace tempat kau sarah |
|
|
|
|
|
|
|
abg sol bila nak mai pujuk? |
|
|
|
|
|
|
|
Hat rindu ego gini sekali tergesel lengan je aummmm terus
|
|
|
|
|
|
|
| |
|