Edited by Aking at 27-11-2020 09:39 AM
KUALA LUMPUR, 26 Nov — Peguam Siti Kasim mengecam tindakan seorang lelaki menembak anjing di kawasan rumahnya. Siti, 57, berkata tindakan berkenaan tidak wajar selain lari daripada sifat kemanusiaan.
“Mengapa? Jika kamu orang yang beriman, kamu tidak akan berkelakukan begini.
“Apa perlunya tembak anjing yang tidak mendatangkan bahaya. Halau pergi sahaja sudah memadai,” katanya di Twitter. Terdahulu, aktivis berkenaan mengulas video 10 saat yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki berkopiah menembak anjing bersama lima anak-anaknya.
Kejadian yang tidak dapat dipastikan lokasi itu secara tidak langsung mengundang kemarahan warga maya.
Lelaki berkenaan jika didapati bersalah boleh didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2005 yang membawa hukuman penjara tidak lebih tiga tahun dan denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya. |