Sebelum ini, tular di media sosial sebuah laman web yang menjanjikan duit percuma dikenali sebagai Isharefans yang mana ianya berjaya mempengaruhi ramai orang disebabkan termakan umpan.
Hanya perlu daftar sebagai ahli dan melaksanakan beberapa tugas seperti tonton dan like serta tangkap layar skrin. Kemudian, anda akan menerima wang ganjaran. Fuh, takkanlah senang sangat nak dapat duit?
Kredit foto: Google
Rupa-rupanya, sebagai ahli biasa yang tidak melanggan pakej mereka hanya boleh melaksanakan tiga tugasan sehari sahaja dengan ganjaran sebulan tidak mencapai RM100. Jadi, untuk meningkatkan wang ganjaran, ahli sedia ada hanya perlu upgrade akaun mereka dengan mengambil pelbagai pakej Silver, Gold dan Diamond.
Harga pakej tersebut bukanlah murah pula tu. Untuk upgrade akaun, anda perlu membayar sehingga RM9,900 untuk mendapat hasil sehingga RM11,514. Bila tengok hasil yang bakal diperolehi, ramailah yang termakan umpan.
Kredit Foto - Qiya Saad
Pada peringkat awal, ramai yang sudah berjaya menebus wang ganjaran mereka dan mungkin sudah dapat pulangan modal. Tetapi, baru-baru ini, ramai ahli Isharefans berkongsi kegusaran kerana tidak dapat mengeluarkan wang mereka.
Ini berikutan pengumuman menerusi laman web rasmi syarikat itu yang menyatakan bahawa disebabkan COVID-19 maka proses pengeluaran wang sedikit lewat. Ia menyebabkan ahli Isharefans kini mendakwa Isharefans sebenarnya merupakan satu taktik penipuan atau scam.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Pada yang sudah melabur duit, pasti tidak senang duduk memikirkan bagaimana untuk mendapat kembali wang masing-masing. Ada juga yang sudah mengajak ahli Isharefans lain untuk membuat laporan polis.
Ramai merasakan kesusahan terutama dari segi kewangan disebabkan Pandemik COVID-19. Dalam keadaan ini, ramai scammer mengambil peluang atas desakan hidup orang ramai dengan menjanjikan pelbagai pulangan lumayan.
Sebaiknya, anda harus bijak menilai setiap tawaran yang diberikan. Tiada jalan singkat untuk menjadi kaya melainkan dengan usaha yang konsisten dan berpanjangan. - CARI
|