"Kalau tuduhan tu benar, mohon mangsa tampil supaya kedua-dua belah pihak tak teraniaya."
Joy Revfa berkata demikian di InstaStorynya berikutan menerima banyak mesej di laman sosial berhubung isu kontroversi Da'i Syed merogol seorang gadis.
Kredit foto: IG
Katanya, Da'i Syed seorang yang nampak nakal dan suka mengusik.
"Sepanjang pernah berkawan dengan dia sebagai 'Kakak' takde lah sampai dia menganiaya perempuan.
"Dia kawan yang baik hati dan selalu berkongsi ilmu," tulisnya.
Kredit foto: IG
Kredit foto: BeautifulNara
Sekitar Mei lalu, usahawan kosmetik itu mencetuskan spekulasi mengenai hubungannya dengan Da'i Syed selepas berkongsi foto mereka bersama.
Da'i Syed bagaimanapun tampil menafikan dakwaan mereka bercinta dan hanya menganggap Joy sebagai kakak. - CARI |