Kredit : Gempak
Ingat lagi tak, sebelum ini pelakon watak ‘bawang merah’ dalam sinetron Indonesia ‘Bawang Putih Bawang Merah’, Nia Ramadhani pernah berlaku jujur yang dia baru tahu sayur elok disimpan di dalam peti ais?
‘Kejujurannya’ itu ternyata membuat ramai orang berasa terhibur hingga ada yang mengatakan “Takkanlah baru tahu?”
Baru-baru ini, Nia diwawancara dalam rancangan bual bicara Nyonya Boss di siaran televisyen di Indonesia.
Namun pada kali ini, Nia berkongsi kisah sedih pula tentang ‘jatuh bangun kehidupan’ yang pernah dilaluinya ketika di zaman bangku sekolah dahulu.
Kata Nia, saat yang paling dirasai begitu sukar pada waktu itu adalah dia terpaksa pergi ke sekolah dengan menaiki van tambang.
“Sampai tahap mak saya tidak dapat untuk menghantar (saya). Akhirnya saya harus (terpaksa) naik angkutan umum (van).
“Anda tahu tak perjalanan saya dari rumah, saya mahu menimba ilmu. Itu menimba ilmu begitu sukar. Anda tahu tak perjalanan saya susah sangat?” katanya dalam wawancara tersebut, memetik laporan Kapanlagi.
Jelasnya lagi, dia terpaksa berjalan kaki dari rumahnya untuk menaiki van tersebut untuk ke Pondok Labu, sebelum perlu mengharungi perjalanan yang dirasakan begitu panjang.
“Sampai di Pondok Labu, kemudian tukar lagi ke van warna putih untuk ke D02. Dari D02 ke Stadium Lebak Bulus. Sampai di sana ada bas mini, naiknya dari situ sampailah ke Pondok Indah,” luahnya.
Sentiasalah bersyukur
Ekoran pengalaman menyentuh hati itu, Nia sempat berpesan agar hendaklah kita semua sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dalam kehidupan ini.
“Buat kalian teman-teman yang sekarang ni lagi merasai apa yang saya pernah rasa, bertenanglah. Kita tidak selalu di situ.
“Kita mungkin terus berada di situ kalau tidak berbuat apa-apa. Tapi maksudnya eloklah jalan terus. Yang penting anda tahu apa yang anda mahu dan anda usahakan terus,” kongsinya.
Sumber: Kapanlagi/siakapkeli
|