CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1748|Reply: 11

[Tempatan] Tak Hanya Dari US, China Dan Rusia, Kerajaan Akan Cuba Dapatkan Vaksin Daripada

[Copy link]
Post time 29-11-2020 12:20 AM | Show all posts |Read mode
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setakat ini kerajaan sudah berunding dengan 10 syarikat pengeluar vaksin COVID-19. - Gambar BERNAMA



PUTRAJAYA: Kerajaan akan cuba mendapatkan vaksin COVID-19 dari mana-mana pengeluar di seluruh dunia dan tidak hanya tertumpu kepada China, Rusia dan Amerika Syarikat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setakat ini kerajaan sudah berunding dengan 10 syarikat pengeluar vaksin COVID-19.

“Setakat sekarang kita seberapa mungkin, kita akan cuba mendapatkan bekalan dari mana-mana pengeluar sama ada datang dari China, Rusia, Amerika Syarikat hatta pengeluar dari mana sahaja asalkan ia telah diuji, agak berkesan dan selamat.

“Kita dah berunding dengan 10 daripada 12 syarikat vaksin COVID-19 yang berada dalam ujian klinikal Fasa 3 yang mana datangnya dari China, Rusia, dan Amerika Syarikat, tak kira daripada mana sumbernya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media secara sidang video di sini pada Jumaat yang turut disertai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Tambah beliau, Malaysia juga membuka pintu seluasnya buat pengusaha dan pelabur tersebut untuk datang dan membina kilang di negara ini.

“Kita tawarkan insentif agak menarik dalam tempoh 2021 dan 2022 untuk syarikat yang ingin melabur.

“Mereka akan diberikan layanan istimewa dan insentif yang agak istimewa daripada biasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Muhyiddin yakin fasiliti kesihatan negara adalah mencukupi bagi menerima dan menggunakan vaksin COVID-19.

Menurutnya, pelaksanaan penggunaan vaksin itu bukan sahaja melibatkan fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tapi akan diperluaskan kepada fasiliti kesihatan lain.

“Ini bukan hanya pelaksanaan melibatkan fasiliti KKM tapi juga akan kita perluaskan kepada fasiliti kesihatan yang datang dari agensi kerajaan yang lain seperti Hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hospital universiti dan lain-lain.

“Kita juga akan mengkaji pelaksanaan vaksinasi COVID-19 terutamanya semasa fasa ketiga pelaksanaan. Ini maknanya dari semasa ke semasa, kita akan lihat keperluan kalau ada fasiliti lain untuk kita tambah.

“Ia bagi memastikan kemudahan ini dapat digunakan sepenuhnya,” katanya.





Sumber : astroawani



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2020 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
MASYUUUKKKKKKKKKKK
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 12:29 AM | Show all posts
baca kat fb mana hari tu dok kata vaksin ada nanochip. bila suntik habis la kehidupan dikawal sepenuhnya oleh geng2 da jal yg guna sistem 5G. bila lari tak nak suntik pula akan jadi miskin hina dan hidup susah didunia serta dipulau masyarakat sebab setiap pekerjaan, keluarkan duit dan nak masuk mana2 premis perlukan sistem yang disahkan divaksin



Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 01:09 AM | Show all posts
wnwa05 replied at 29-11-2020 12:29 AM
baca kat fb mana hari tu dok kata vaksin ada nanochip. bila suntik habis la kehidupan dikawal sepenu ...



ni ke?








Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 01:21 AM | Show all posts

30 Peratus Rakyat Dijangka Dapat Vaksin Covid-19 Tahun Depan – PM Muhyiddin



KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) — Seramai 9.6 juta atau 30 peratus rakyat Malaysia dijangka memperoleh vaksin COVID-19 tahun hadapan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah menandatangani dua perjanjian bagi tujuan itu.

Semalam, beliau mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseutikal Pfizer untuk mendapatkan 12.8 juta dos bekalan vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia.


Selain perjanjian dengan Pfizer, kerajaan juga telah menandatangani perjanjian dengan fasiliti COVAX untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan imunisasi 10 peratus rakyat Malaysia.

”Insya-Allah, kita akan menerima bekalan vaksin secara berperingkat mulai suku pertama tahun depan,” kata beliau yang juga merupakan Presiden Bersatu dalam ucapan dasar semasa Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang dibuat secara maya hari ini.

Muhyiddin berkata beliau yakin dengan akses kepada vaksin itu serta usaha berterusan untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik berkenaan, Malaysia akan berjaya mengawal sepenuhnya kes jangkitan sekali gus membantu memulihkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Muhyiddin turut menegaskan kepentingan usaha kolaboratif antara negara serantau dalam memerangi COVID-19 dan memulihkan ekonomi serta memastikan wujudnya akses yang saksama kepada vaksin berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berharap agar Belanjawan 2021 yang diluluskan di peringkat dasar pada Khamis lepas akan dapat diluluskan oleh Dewan Rakyat dan seterusnya Dewan Negara bagi memastikan matlamat untuk menyalurkan bantuan kepada golongan terjejas tercapai.

“Ada yang berpendapat Belanjawan 2021 perlu ditolak untuk membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan. Tak perlulah buat begitu.

”Kalau tanya saya, mungkin semalam lagi saya telah nasihatkan Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) supaya bubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihan raya diadakan. Tetapi kita semua tahu masalahnya ialah COVID-19,”katanya.

Beliau berkata kerajaan akan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan memilih kerajaan menerusi pilihan raya umum apabila pandemik COVID-19 berakhir.

“Insya-Allah, jika diizinkan Allah, apabila pandemik COVID-19 berakhir, kita adakanlah pilihan raya umum,” katanya.

Hari ini Bersatu mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) yang bermula dengan perhimpunan sayap Srikandi dan Armada pada sebelah pagi.

Perhimpunan agung sehari itu dijalankan secara maya dari beberapa lokasi dan dijalankan dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat berikutan negara berhadapan dengan ancaman pandemik itu.

— BERNAMA





Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
rastaf replied at 29-11-2020 01:09 AM
ni ke?

Iols tak tau la apa fungsi nanochip. Tapi kalau utk dia pi ke mata dan pantau apa yg dilihat oleh setiap ummah mesia, habis la puak2 yg kaki poron.. mesia kan aritu antara negara2 yg kuat langgan pornhub...
Pastu pasaran gelap akan penuhi permintaan utk isteri2 jeles memantau pergerakan suami. Kalau tak suka, lepaskan ledakan bom dalam badan masa dia tgh bersedap2an dgn pompan simpanan samada berloceng atopon tak. Porem cari pon bakal heboh tak berkesudahan sampai perkara tu jadi norma baru.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2020 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
korang ambik la dulu...kalau lepas 10 tahun korang hidup lagi.baru ai ambik vaksin tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
angelofish: korang ambik la dulu...kalau lepas 10 tahun korang hidup lagi.baru ai ambik vaksin tu


Vaksin takkan bekesan kalau sekor dua saja yang ambik. Umpama penyakit wabak, kalau 10 ekor kena jangkit, sekor saja kena vaksin, penyakit masih akan merebak. Sebab tu kena cerdik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2020 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetibe ak teringat citer Kingsman... Puak2 yg menyebarkan virus dan menghasilkan vaksin untuk menghasilkan duit...  Hurmmm ntah laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Itzy replied at 29-11-2020 02:21 PM
Vaksin takkan bekesan kalau sekor dua saja yang ambik. Umpama penyakit wabak, kalau 10 ekor kena ...

Yang tak vaksin tu akal lagi teruk dari binatang...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 07:41 AM | Show all posts
wnwa05 replied at 29-11-2020 12:29 AM
baca kat fb mana hari tu dok kata vaksin ada nanochip. bila suntik habis la kehidupan dikawal sepenu ...

Hari ni auntie terima whatsapp pasal video Dr Carrie Madej (rupa mcm Khloe Kadarshian pulak ) ttg vaksin iblis.... Nama vaksin tu Lucifer-ase....

Astagfirullahalazim. Byknya pulak conspiracy theory... Lepas tu sebar mcm tu kat org ramai melalui whatsapp. Entah ada buat checking and recheck ke? Tak tabayyun ker?

Adakah ia tulisan2 anti vaksin?

Auntie akan ambil vaksin sebagai usaha dalam mencari penawar kpd penyakit. Insya Allah.

Kemudian doa , tawakkal dan redha.


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 11:57 AM | Show all posts
Boleh ketepikan golongan anti vaksin dulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.052842 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list