CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1792|Reply: 7

Kereta Meletup Depan Rumah Dibakar Ah Long Singapura

[Copy link]
Post time 1-12-2020 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Tujuh sekeluarga yang sedang menikmati masa bersama di rumah dikejutkan dengan bunyi letupan kuat pada Rabu lalu.


Menurut seorang suri rumah yang mahu dikenali sebagai Chook, 30, dia mendengar letupan kuat di luar kediamannya di Taman Setia Indah, Johor Bahru sekitar pukul 9 malam.


Selepas bergegas keluar, dia mendapati bahagian hadapan keretanya sedang terbakar.




Kredit foto: mStar



"ada mulanya saya fikir ada kerosakan pada kereta sehingga ia terbakar. Kemudian saya menerima video yang dikirim oleh satu nombor telefon Singapura, menunjukkan seorang lelaki membakar kereta saya.

"enghantar mesej itu memberitahu suami saya yang juga buruh binaan di Singapura berhutang $4,000 (RM12,176) dan mengancam membahayakan nyawa kami jika ia tidak dibayar," ujarnya.


Wanita itu berkata demikian sewaktu sidang media yang dianjurkan oleh Biro Pengaduan Awam MCA Pasir Gudang pada Isnin.


Ujarnya, Ah Long tersebut turut mempunyai foto kad pengenalan dan permit kerja suaminya.


Malah, mereka turut menuntut S$3,000 (RM9,140).


Tambahnya, dia percaya maklumat suaminya telah disalah guna memandangkan ia hanya dihantar kepada majikannya untuk tujuan kerja.

"Kami buat keputusan memindahkan S$3,000 kepada Ah Long pada keesokan harinya, walaupun kami tidak meminjam wang kerana bimbang keluarga kami akan diapa-apakan," ujarnya.


Ujar Chook, keretanya yang terbakar perlu dibaiki dengan kos RM20,000.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.




Sumber: mStar

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2020 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Playing victim lagi ummah ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah lonh singapore rentas sempadan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 01:38 PM | Show all posts
sama2 cainis rasis ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 03:22 PM | Show all posts
isu2 Ah Long
isu2 bunuh diri
memang tak berbunyi DAP
pandai2 la bawak diri
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 03:33 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-12-2020 01:33 PM
Ah lonh singapore rentas sempadan?

Mungkin dia guna link ah long cawangan Johor.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2020 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 1-12-2020 03:22 PM
isu2 Ah Long
isu2 bunuh diri
memang tak berbunyi DAP

Biro Pengaduan MCA kan ada.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 04:24 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-12-2020 01:33 PM
Ah lonh singapore rentas sempadan?

Pasang ejen tempatan kot

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.149248 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list